GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, February 26, 2014

Tuan Man Tuan Ibrahim - Sekadar luahan utk renungan bersama

Sebagaimana hadis yang selalu kita dengar, kata Nabi:

  "Demi ALLAH, sekiranya anakku Fatimah binti Muhammad mencuri,nescaya aku potong tangannya. Jangankan kata Fatimah Bani Mahzum, kalau Fatimah binti Muhammad mencuri pun, aku tidak akan teragak-agak untuk memotong tangan anakku."?

 Ada yg membaca ayat ini hanya memokus pd perkataan 'memotong tangannya'.

 Ada pula yg menafsir, inilah hukum mencuri dalam Islam.

 Namun ramai yg terlupa isi tersiratnya yg terpenting - iaitu sesiapa yg melakukan kesilapan tak kira taraf tidak terlepas daripada hukuman yg dikenakan pd org biasa yg melakukan kesalahan perkara yg sama.

 Adakah situasi ini sedang berlaku di dalam negara kita? Utk kesalahan yg sama utk org-org besar negara, berpangkat, pada pengamatan kita sebagai rakyat, adakah hukuman adil diberikan?

 Quran 5:8
 Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

 Quran 4:58
 Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

 Dua ayat di atas menunjukkan betapa Allah pentingkan soal keadilan dan amanah pd pemimpin umat Islam terhadap semua yg bergelar manusia. Menjaga keadilan dalam masyarakat dianggap sebagai satu pahala yg besar, termasuklah membantu mereka yg ditindas.

 Mengapakah Allah mengarahkannya begitu? Kerana keadilan Islam adalah cara yg paling berkesan utk menjaga nama agama-Nya.

 Bagaimana umat Islam dan Islam sendiri boleh berkembang sekiranya perkara asas ialah keadilan dalam Islam tidak wujud dalam pentadbiran negara yg diterajui umat Islam sendiri?

 Sbg umat Islam, tidak timbulkah rasa tanggungjawab utk menuntut perubahan negara kita ke arah yg lebih mementingkan soal keadilan?

 Sekadar luahan utk renungan bersama. SENYUM. SUMBER
Comments
1 Comments

1 comment :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...