GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, March 27, 2014

2 Jet Belanda memintas kapal kargo tatkala ruang udaranya diceroboh siang tadi

Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri) berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.  

 Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini. "(Pergerakan patah balik) itu dikesan di dalam radar kita.

 "Cuma kita menganggap bahawa pergerakan patah balik itu dilakukan oleh pesawat Malaysia Airlines dan dilakukan pesawat yang tidak memberi ancaman dan pesawat pihak kita. 

"Jadi kita menganggapnya satu arahan daripada menara kawalan, mungkin ia boleh membuat lencongan," katanya sewaktu ucapan penggulungan titah diraja bagi Kementerian Pertahanan di Parlimen, petang ini. Bagaimanapun, tegas Abdul Rahim, jawapan muktamad hanya akan diketahui apabila serpihan pesawat itu ditemui kelak.

"Kami rasakan ia akan berakhir dan menuju ke Selat Melaka atau Laut Andaman."Jadi apabila kita perasaan ada patah balik, hari berikutnya kita maklumkan pasukan yang bertanggungjawab dalam SAR (mencari dan menyelamat) kerana kalau kita tak maklumkan, sebagai pemilik radar utama kita tidak bertanggungjawab," katanya.

Menurutnya lagi, mendedahkan maklumat sedemikian kepada orang awam juga melibatkan "keselamatan nasional".Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan daripada laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abdul Hamid (PKR-Lumut). Klik  Malaysiakini  

 Cuba kita perhatikan alasan-alasan yang diberikan sebagaimana berikut :


1) Pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.


 2) Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.3) TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370 

 Meneliti perkara (1), (2) dan (3) diatas itu, tentu kita berasa pelik bila mana TUDM membuat rumusan  dengan berkata :

 kita menganggap bahawa pergerakan patah balik itu dilakukan oleh pesawat Malaysia Airlines dan dilakukan pesawat yang tidak memberi ancaman dan pesawat pihak kita.

 Lihat Perkara (1) : TUDM membuat andaian ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan padahalnya ketika itu pesawat itu dianggap sebagai pesawat misteri

 Lihat Perkara (2) : pesawat itu tidak memberi ancaman. Bagaimana TUDM begitu pasti mengenainya? 

 Lihat Perkara (3) :  Pengakuan TUDM bahawa pesawat yang dikesan itu adalah pesawat misteri.

Selepas mendedahkan perkara tersebut, Menteri tu cakap  "keselamatan nasional". Kepala bapak hang!

Kalau benar mahu memastikan  mengenai "keselamatan nasional", kenapa TUDM tidak serta merta itu bertindak memintas pesawat yang dikatakan misteri itu?

 Cuba kita perhatikan bagaimana tentera udara Belanda hari ini bertindak pantas, tatkala rada mereka mengesan kapal terbang misteri memasuki ruang angkasanya siang hari tadi. Terus sahaja dikerahkan2 jet pejuang mereka memintas kapal kargo tersebut. Inilah baru betul "keselamatan nasional" wahai menteri mangkuk! TUDM tak rasa malukah?

Dari pangkalan udara Brabant Volkel, dua F-16 berlepas untuk memintas kapal terbang pengangkut .

 Ternyata ini adalah pesawat kargo, Boeing 777F LAN Cargo, yang sedang dalam perjalanan ke lapangan terbang. Unit ini terbang dari Miami di ruang udara Belanda dan mereka tidak dapat menyambung ke peranti.
  Jurucakap Penyelaras Counterterrorism dan Keselamatan unit sebelum ini telah meminta kebenaran untuk penerbangan. Ini kerana sidang kemuncak keselamatan nuklear di The Hague adalah wajib. 

 Jet mempunyai pesawat kargo disertai ini telah meninggalkan ruang udara Belanda. Unit ini terbang bebas ke lapangan terbang ke Frankfurt, Jerman
 Ada pihak yang mengatakan pesawat kargo itu adalah MH370 yang hilang itu .... Apahalnya gi ke Belanda sewaktu Nuclear Summit sedang berlangsung di situ? Bertambah menarik bukan? Aku cerita besok sajalah...Malam ini aku hanya nak lanyak menteri mangkuk tu saja.Kah! Kah! Kah!
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

BAGI STATEMENT HANYA UNTUK MELEPASKAN DIRI SAJA SUSAHLAH DAPAT PEMIMPIN CAP AYAM MACAM NI

mansor said...

malaYSIA is lead by a corrupt and weak administration. what can be expected from a corrupt government other than become a donkey and a puppet for USA...everyday the gBN clowns keep telling that Anwar is the proxy of jews, USA or what ever come to their imagination..in fact the present government is the true puppet...we need to link the tragedy to the question why Capt, Zahrie was called at Eleventh hour...

Anonymous said...

Kalau tak nak pintaspun ... tak apa..tapi sekurang-kurangnya pantaupun cukup...

Anonymous said...

Malangnya rakyat Malaysia daripada perdana manteri menteri-menteri pdrm tudm apa semua la yg bersangkutan dgn kerajaan Malaysia semua tak leh pakai pada sapa la rakyat nak bergantung harap hanya kapada mu la ya Allah.... Kami berserah

Anonymous said...

Sekurang2 pi la tanya...apasal patah balik ko...gapo ko? Jengg...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...