GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, March 22, 2014

Antara dua Habib - Satu jual nama Nabi, satu jual permata...

PM Najib ikut sama dalam majlis para solihin
Majid dan Rosnah adalah antara ratusan ribu umat Islam yang menghadiri majlis Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul di dataran Masjid Putra malam tadi. 

 Selesai majlis itu, mereka pun pulang. Sepanjang perjalanan pulang itu, muka Rosnah  nampak kelat sahaja. Tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya yang terus muncung itu.

  Majid faham telatah isterinya yang sedang marah itu.Semenjak dia merasa penampo kokodal Rosnah tempohari, sampai kesudah kini Majid dah serik nak memujuknya.Phobia.

 Masuk sahaja ke dalam bilik tidur, Rosnah terus sahaja berdiri bercekak pinggang dihadapan Majid yang sedang duduk di pinggir katil  sedang membuka setokinnya.

"Amboi, pandai abang ajak Nah pergi ke tempat Habib tu tadi ya.... Nak tipu Nah lagi tak?" sambil tanganya memulas cuping Majid.

"Sakit Nah,"  Majid mengerang kesakitan minta dikasihani. " Tipu apanya? Abang cakap tadi tu betullah , Abang ajak Nah untuk pergi jumpa Habib," balas Majid sambil mengibas-ngibas telinganya yang nampak kemerah-merahan akibat kena pulas Rosnah.

"Cakaplah Habib Syech Abdul Qodir Asseqaf! Nah ingatkan abang maksudkan nak bawa Nah gi shopping kat kedai Habib Jewels...."  

"Abang janji, besok abang bawa Nah gi Habib Jewels, percayalah...kita pergi Habib Jewels.....Habib Jewels....Habib Jewels...." Demikian Majid di sepanjang malam itu membisikan kata-kata itu ditelinga Rosnah ....
Comments
21 Comments

21 comments :

Anonymous said...

sedih, bila hati dah hitam, perkara baik pun boleh di buat lawak!

alhusseyn said...

Mana lebih lawak sambil memfitnah orang lain liwat, dia buat salawat ke atas Nabi?

Anonymous said...

Betul tuan..bila nama Nabi dijadikan modal bahan lawak buat menarik pembaca, mencaci sesama saudara kesudahannya..diAkhirat jenuh nak mencari.merangkak memohon maaf..

Anonymous said...

Assalamulaikum Tuan, Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul bukan cara yang dituntut untuk melahirkan rasa cinta kita pada Allah dan Rasul. Tidak dibuat oleh para sahabat. Kalau kita cintakan Rasul, hendaklah ikut sunah Rasul.

alhusseyn said...

Aku lebih suka baca lawak Ali Abukat facebook : Najib Tun Razak & Selawat Perdana

Program Selawat Perdana ni puki. Lps Najib join Selawat Perdana smlm, adokah Konsert Twin Towers telah dibatalkan permitnya? Adokah Hukum Hudud dibentang dlm parlimen bg sesi akan dtg? Toksah harap bai.

7E totap jual arak. Pramugari MAS totap pakai kebaya kotat yg kainnya koyak sampai nampak paha. Penerbangan MAS masih lagi hidang arak free kpd penumpang. Begitu juga kilang arak, masih lagi beroperasi. Judi nombor ekor? Kekal mcm tu gak. Jadi apo fungsi sebona Selawat Perdana ni kpd Najib Razak kalau slogan amar makruf nahi mungkar dinafikan? Kalau kau betul sayang nabi, ikutlah suruhannya.

Ooo bilo buek selawat Perdana mako segalo maksiat yg ado kek dopan mato tibo-tibo dapek cop halal Jakim, gitu? Kepalo abah kau!

Qaseh Bonda said...

Kesian ke majid. Masa2 ni lah dia nak tunjuk baik. Nak buat baik pun nampak lagi tak baik. Ditambah dengan kadam2 yang kalau najib pakai skirt pun semua pakat pakai. Najib buang tebiat pun depa nak ikut sama...

Senario umno yang dari dulu,kini dan selama2nya.

4G said...

Jgn mudah sangat na kta hati orng hitam...perkara baik ialah benda yg tidak ada bidaah memang selawat 1 benda baik n sunnah tpi mjlis tersebut adakah mngikut kaedah sunnah.p ngaji dulu dgn tokguru yg btui2 warisi sunnah nabi bukn tokguru yg warisi sunnah tokguru bidaah ..dn lgi 1 na haba orng yg jujur dn ikhlas menegur tidak akan bersembunyi diatas nama anonymous...

Anonymous said...

itu lh namanya manusia munafiq...buat pa komen panjang2 buang stim je

armal said...

Rosmah tak pergi ke majlis tu? Nak tengok Rosmah pakaian dia macamana pulak di majlis tu.
Donia....donia. Macam2 ada.....

Anonymous said...

nabi pon tak suroh org pi menyanyi ramai x2 puji dia..klu nak ikut sgt puji nabi ikut dulu priority yg nabi nak suroh buat....nuuu kat myanmar tu beratus ribu mati sedara seislam kita..pi la bawa satu konsert tu pi sana...

Anonymous said...

mengaku islam tapi persenda orang buat baik.

perasan diri tu baik.

inilah penyakit hati.

tok guru pas tak ajar ke?

alhusseyn said...

Aku tidak salahkan Habib tu...dia bukan ada ambil pot pasal politik tempatan maupun kat Indonesia apa pun...cumanya orang politik cuba mengambil kesempatan ke atasnya. Sebelum ini memang dia ada buat kat tempat yg sama, tapi tidaklah sebagaimana tahun 2014 ini...

along said...

Dalam hati "janganlah di pass microphone pada aku, janganlah pass mic.. "

alhusseyn said...

Agama mengajar kita bahawa ada perbezaan ketara antara 'buat baik' dengan 'buat-buat baik'.

'Buat baik' adalah perbuatan terpuji dan disuruh Allah dan RasuNya.Sebaliknya 'Buat-buat baik' adalah perbuatan munafiqun yang sangat dibenci Allah dan RasulNya.

Anonymous said...

setiap amalan mesti ada keikhlasan. pd pandangan sy, najib hanya ingin meraih sokongan rakyat dgn berbuat buat baik. bgmn mungkin org yg tak tau jenis2 najis berat boleh beramal dgn baik. kalau fardhu ain pun tak hafal, bgmn mau beramal?

keikhlasan dia beramal ni boleh diukur dr amalan2 dia selepas ini. kalau dia tutup kilang carlsberg yg bapanya rasmikan, mungkin dia ikhlas. kalau terus menerus menipu dan membazir harta rakyat, sebaliknya lah.

kata org keikhlasan ni kerja hati. empunya saja yg tau. tapi hati yg baik akan terserlah dgn perbuatan jua.

Anonymous said...

Al husseyn hati gelap....
sembang ja banyak..

kenapa tak mintak je PR tutup kilang arak terbesar kat Shah Alam tu.... piiiiraah.

orang lama said...

Nak tipu orang melayu cukup senang, pakai lebai sikit terus boleh kautim. Kalau jual ubat dekat pasar malam, baca ayat quran sikit, boleh sold out.

alhusseyn said...

Sunday, March 23, 2014 8:30:00 pm tulis :Al husseyn hati gelap....
sembang ja banyak..

kenapa tak mintak je PR tutup kilang arak terbesar kat Shah Alam tu.... piiiiraah.
==========================================
Macai UMNO mmg selalu sebuk-sebuk sangat nak suruh kerajaan Pakatan Rakyat tutup kilang Guiness dan Calrsberg di Shah Alam. Rupanya diorang nak tutup pekung sendiri. Diorang rupanya yang tubuh dan rasmikan kilang-kilang arak tu semua.

Gambar majlis perasmian kilang Guiness di Sungai Way pada tahun 1968. Rupanya Kilang Guiness telah mendapat berkat kerana dirasmikan oleh Presiden UMNO yang Kedua merangkap Perdana Menteri yang pertama.

Benarlah kata orang. Arak dan judi menjadi sebahagian dari kehidupan orang Melayu Islam hasil dari usaha dan kerja gigih dari UMNO. Jasa UMNO yang paling besar adalah membawa arak dan judi ke dalam kehidupan orang Melayu Islam sehari-hari.

Anonymous said...

Nabi pun tak ajar kita letak tanda baris,waqaf,tasydid pada huruf2 al-Quran. Kalau nak sgt ikut iktikad ko ni, t bila baca al-Quran sila pilih kitab yg tak ada tanda2nya. Yg serupa dgn mushaf uthmani yg sebenar.

Anonymous said...

Persoalannya,siapa kita utk tentukan nilai keikhlasan?

alhusseyn said...

Perkara yg mudah kita boleh lihat kepura-puraan puak ini ialah : Kalau benar ikhlas, tentu mulai malam itu, Najib akan paksa Rosmah sentiasa pakai macam malam itu - pakaian yang menutup aurat. Kalau tidak, terpaksalah kita akui bahawa mereka ni sekadar berlakon sahaja.Berselawat itu sunnat hukumnya, tetapi menutup aurat itu adalah wajib.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...