GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, March 20, 2014

Anwar Ibrahim tegas pertahankan Kapten Zaharie, juruterbang MH370

Zaharie Ahmad menentang ekstremism dan taksub – Anwar Ibrahim
Spekulasi terhadap juruterbang MH370 semakin liar dan berleluasa . Ada yang mengandaikan juruterbang itu sendiri yang sengaja menerbangkan pesawat itu keluar dari perjalanan asal yang telah ditetapkan. 

 Bagi tujuan tersebut, juruterbang itu telah berlatih untuk membiasakan dirinya dengan menggunakan simulator yg dipasang di rumahnya … dilaporkan, polis sedang berusaha melalui pakar untuk mendapatkan data stimulator yg telah dipadam itu....

Dan yang paling dahsyat sekali, bila ada yang kata, juruterbang itu telah sengaja menjunamkan pesawat itu untuk membunuh diri…. 

 Ini semua, menurut spekulasi itu lagi, adalah kerana juruterbang tersebut sangat keciwa diatas hukuman yang dikenakan kepada Anwar Ibrahim oleh mahkamah baru-baru ini. 

  Spekulasi semakin liar hingga macai-macai Umno cuba melibatkan pula Anwar Ibrahim – "Ini semua salah Anwar," kata macai-macai Umno! 

  Diatas perkembangan tersebut, maka CCN telah menemubual Anwar Ibrahim dan laporannya adalah seperti berikut : 
 KUALA LUMPUR, 20 Mac - Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang Malaysia Airlines  (MAS) yang kini di tengah-tengah siasatan kehilangan Penerbangan MH370, adalah seorang yang menentang fahaman pelampau dan fanatik, menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 Anwar, yang mengakui mengenali juruterbang berusia 53 tahun itu pada tahap  tertentu, memberitahu CNN dalam satu temu bualbersamawakil CNN, Christiane Amanpour.
Zaharie sekadar menjadi penyokong setia pembangkang persekutuan, yang beliau tegaskan adalah mengenai "reformasi demokrasi".

 "Sudah tentu dia tidak," Anwar berkata apabila ditanya jika beliau percaya Zaharie menjadi fanatik.

 "Beliau menyokong pakatan berbilang kaum. Beliau menyokong reformasi demokratik. Beliau menentang sebarang bentuk ekstremism," katanya dalam temu bual itu, yang disiarkan pada pukul 3 pagi tadi.

 "Dan kita mengambil kedudukan yang sangat kukuh dalam mendesak untuk perubahan melalui cara perlembagaan dan demokrasi." Ikuti septerusnya  SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...