GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, March 09, 2014

Benarkah Nizar menghina dalam tweetnya?

  Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 awal hari ini menimbulkan tanda tanya kepada pakar penerbangan sehingga menimbulkan spekulasi bencana seperti letupan atau kehilangan pintu fret yang menyebabkan kehilangan pesawat, lapor Sydney Morning Herald.Baca di sini  

  Oleh kerana pesawat tersebut dikatakan yang paling canggih peralatan yang ada padanya dan paling selamat di dunia, malapetaka serta-merta itu hanya boleh berlaku jika sesuatu yang luar biasa berlaku.

  Sehinggakan pakar mengandaikan berlaku 'letupan atau kehilangan pintu fret' , maka tidak hairanlah kalau yang 'bukan pakar' ada yang membuat pelbagai andaian.... 

  Tapi bukanlah andaian bodoh atau lucu sebagaimana yang ditohmahkan oleh kalangan tertentu terhadap tweet Nizar.Ingat, bahawa kecanggihan pesawat tersebut begitu mengujakan sekali hingga mereka menyakini sangat-sangat bahawa malapetaka secara mengejut hanya boleh berlaku jika sesuatu yang luar biasa berlaku.


  Nizar memberi responnya terhadap tweet Piers Morgan yang menyatakan, "Luarbiasa dalam dunia moden begini, sebuah pesawat besar berteknologi tinggi boleh hilang begitu sahaja.Doakan keajaiban kepada 239 penumpangnya."

  Apa peliknya bila Nizar dalam tweet balasnya menyatakan kemungkinan kehilangan pesawat canggih itu yang dianggap agak luarbiasa , dikaitkan dengan teori luar biasa Bermuda Triangle? Dimanakah lucu dan yang dikatakan memalukan seperti laporan disini?

 

  Aku tak tahu samada Nizar pernah baca buku diatas ini. Mungkinkah ? Aku cuma google dan dapat sedikit sinopsisnya berikut :

Klik di sini

  Perhatikan ayat yang bergaris itu dan cuba pula bandingkan dengan laporan mengenai penumpang pesawat yang hilang itu.Saya yakin pelukis-pelukis dan pelukis Khat terkenal dari China itu ada membawa bersama mereka masterpis masing-masing...kejadian aneh atau kebetulan?


  Walau apa pun semua kita yang waras pemikirannya percaya Tweet Nizar itu bukan bertujuan menghina sesiapa pun.Ini jelas boleh dilihat pada tweet beliau yang sebelumnya: 

Comments
5 Comments

5 comments :

abuamir said...

Kerja2 fitnah & spin berita ni dah jadi darah daging pencacai umno. Bila kena dakwa di makamah terus melingkup dgn fitnah mereka. Sehari kalau tak fitnah org hidup mereka tak akan jadi sempurna macam makan nasi.

semoga Allah tunjukan siapa yg benar, insyaAllah..............

Asrul Sani said...

Mula2 saya sendiri pun terkejut dengan cerita twit YB Nizar yang dikatakan menyentuh sensitiviti . Tetapi setelah membaca penjelasan Tuan, saya berkesimpulan hanya Beruk2 umngok yang emotional dan bengap saja akan menuduh Nizar memberi komen yang sensitif. Jangan2 ngok2 ni tak faham bahasa Inggeris tak..... Pokok pangkalnya kenalah selidik terlebih dahulu dalam konteks apa ucapan itu dibuat. Susah la bermasyarakat dengan orang2 yang bengap.

Anonymous said...

Komen Bapak YB Nizar tuh koq comaan gurauan, tapi hingga disangka oleh ramei, beliau itu ngak sensitif pada perasaan rakyat. Sebenernya dakwaan beliau itu bener, karena tersirat satu kebeneran. Tidak mustahil kalo kini sudah ujud satu lagi Bermuda Triangle yg baru, tetapi bukan diperairan Vietnam seperti dakwaan beliau. Sebaliknya "Bermuda Triangle Baru berada diperairan Malaysia". Kini Bermuda Triangle Perairan Malaysia lebeh angker lagi dari Bermuda Triangle dikawasan Teluk Mexico....

Anonymous said...

ATLANTIS THE LOST CONTINENT FINALLY FOUND... Seperti yg temui dan didakwa oleh Prof Arysio Santos, sebenernya Atlantis berada dlm kawasan perairan Nusantara, yaitu khususnya diperairan Indonesia dgn Malaysia.. Makanya dakwaan Bapak YB Nizar tuh ada kebeneran, beliau bukan cakap2 kosong omong2an. Comaan pihak lawan beliau yg maseh bengong2an, sebelah mata maseh buta seperti Dajjal, lantas tuduh cakap2 beliau itu satu penghinaan. "The New Atlantis Rising Is In Malaysia..." Apa pula kaetannya Atlantis dgn misteri kehilangan Pesawat MAS MH370..?? Jawabannya ngak ketahuan.. Misteri Nusantara maseh terpendem ngak bisa habes2 kalo digali dikaji.. Koq hanya mereka yg waras fikiran serta beriman dgn Yg Ghoib yg bisa mengerti apa itu jawaban.. Allahu'alemmm...

alhusseyn said...

Sundaland is the biogeographical region of South-east Asia which encompassed the Sunda Shelf, the part of the Asian continental shelf that was exposed during the last Ice Age. It included the Malay peninsula and the large islands of Borneo, Java, Sumatra and their surroundings.~ http://news.asiaone.com/News/Latest+News/Science+and+Tech/Story/A1Story20130603-427150.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...