GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, March 07, 2014

Berita yang mengembirakan Najib

Anwar bersalah meliwat pembantunya,
putus Mahkamah Rayuan
 OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA


Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

 Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Putrajaya mengenepikan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi dua tahun lalu atas kesalahan meliwat.

 Dengan keputusan itu, Anwar tidak boleh dipilih sebagai calon untuk PKR dalam Pilihan Raya Kecil Kajang yang akan diadakan pada 23 Mac.

 Dalam respons segera, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini".

 Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal.

 "Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya.

 Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: "Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?"

 Ekoran keputusan itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.

 Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning.

 Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah. – 7 Mac, 2014.SUMBER
Berita Updated : Liwat II: Anwar dihukum 5 tahun penjara 
Hafiz Yatim | 8:36AM Mar 7 Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000. SUMBER
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

boleh anta minta anwar bersumpah kalau betul dia tak liwat. sumpah aadalah mainan politik anwar suatu ketika dulu. dia pernah bersumpah selepas keluar dari jel iaitu semasa dia buat ceramah, kelentong ahli pas di stadium muhammad keIV. anta boleh tanya ahli2 yang hadir masa tu. tapi sekarang dengar perkataan sumpah, dah tercirit

alhusseyn said...

Boleh suruh Najib bersumpah dia tak liwat AlTantuya sepertimana SD Bala yg pertama tu?

abuamir said...

Cakap pasal bersumpah ni kau ikut cara Islam atau cara melayu. Melayu sikit2 sumpah tetapi syarat2 sumpah pun tak tahu atau tanpa sebab? Kalau tak tahu pasal sumpah kena mengaji dulu bukannya sumpah ikut syaitan.

Bersumpah dgn Al-quran ni Islam ajar ke? atau ikut cara kristian?

Melayu tanpa Islam = hancur..........

alhusseyn said...

Salam Abu Amir, Ulama mengembangkan cara menguatkan sumpah, antara lain dengan menggunakan kitab suci al-Quran dan meletakkannya di atas kepala orang yang bersumpah atau dengan meminta yang bersangkutan memegangnya. Cara ini jelas tidak dikenal pada masa Rasulullah SAW. Sebabnya, walaupun ayat al-Quran sudah sempurna sebelum Rasulullah wafat dan dihafal seluruhnya oleh sahabat Baginda, namun al-Quran baru dikumpulkan dalam satu kitab setelah Rasulullah SAW wafat.
Sebenarnya, tujuan menggunakan al-Quran dalam sumpah adalah lebih menguatkan kandungan sumpah. Sebabnya, bagi seorang Muslim, al-Quran adalah firman Allah. Diharapkan dengan meletakkan di atas kepala orang yang bersumpah atau memegangnya, dia dapat lebih berasakan kebesaran Allah sehingga apa yang diucapkannya benar-benar sesuai dengan isi hatinya. Justeru, tidaklah tepat menggunakan al-Quran untuk mengambil sumpah orang bukan Islam, kerana kesan yang dimaksudkan di atas tidak mungkin akan dirasakan oleh mereka yang tidak beriman kepadanya sebagai firman Allah.wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...