GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, March 01, 2014

Dia tak sebut nama PAS kan?

Dia tak sebut sebarang nama, cuma sebut nama parti PKR dan Pakatan Rakyat.Kenapa dia berani sebut secara khusus nama PKR? Sebut sahaja Pakatan Rakyat pun cukuplahkan? Semua orang tahu DAP tidak ada apa-apa kepentingan pun.DAP tak pernah mintak  kerusi MB Selangor tu pun....Agak korangsiapa malaon dalam PR selain PKR tu? 


Musuh sebenar Anwar di Kajang dari PKR, Pakatan 
bukan BN, kata Kit Siang 

Musuh sebenar calon PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah daripada dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR), kata Lim Kit Siang (gambar bawah).

 Penasihat DAP itu menegaskan perebutan kuasa dan masalah dalaman di Selangor, negeri yang ditadbir PR itu adalah masalah utama yang perlu diselesaikan Anwar.

 "Musuh sebenar di Kajang bukan daripada MCA atau Umno, tetapi daripada dalaman PKR dan Pakatan.

 "Kemenangan 'simple majority' di Kajang adalah kekalahan. Kita perlu menyasarkan kemenangan besar untuk menyampaikan mesej Putrajaya menanti perubahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)," kata Ketua Parlimen DAP itu dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur.

 "Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang, kekalahan sebenar kita adalah tindakan yang kita lakukan," katanya.

 Kit Siang menegaskan, PRK Kajang juga bukan semata-mata demi masa depan politik Anwar, tetapi PR, tiga juta rakyat Selangor dan 30 juta rakyat Malaysia.

 "Marilah kita hadapi realiti sukar bahawa kekalahan di Kajang dengan mencapai kemenangan bersejarah tidak boleh diterima," katanya.

 Lim turut mengingatkan parti komponen PR untuk bersama-sama memastikan Anwar bukan sahaja memperoleh kemenangan, tetapi juga kemenangan besar.

 "Ketepikan perbezaan kita, dan pastikan kita tidak melepaskan peluang sekali seumur hidup ini untuk anak-anak kita untuk memastikan perubahan di Putrajaya," katanya.

 Barisan Nasional (BN) meletakkan calon mereka dari MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun untuk menentang Anwar. Manakala bekas menteri Kabinet, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan hasrat menentang Anwar di Kajang bagi mengelak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor.

 Sejak pengumuman Anwar untuk bertanding di DUN Kajang selepas penyandangnya Lee Chin Cheh daripada PKR melepaskan kerusi bekenaan, beliau dikhabarkan akan menggantikan Khalid sebagai menteri besar Selangor.

 Malah, dalam ceramah-ceramah penerangan anjuran PKR di Kajang sejak beberapa minggu lalu, kedengaran pemimpin daripada sayap Pemuda PKR menyokong Anwar jika beliau dipilih sebagai menteri besar.

 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac sebagai tarikh penamaan calon bagi PRK DUN Kajang.

 Manakala tarikh pengundian ditetapkan pada 23 Mac depan. – 28 Februari, 2014.SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...