GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, March 29, 2014

Jom lihat : Cara Pasukan F1 Grand Prix Malaysia menghormati mangsa MH370 pesawat hilang

Topi keledar juara dunia empat kali, Sebastian Vettel.
Korang nampak tak stiker penghormatan itu?
 Grand Prix Formula 1 Malaysia akan berlangsung besok di Litar Antarabangsa Sepang, bersebelahan dengan lapangan terbang di mana penerbangan MH370 itu berlepas dan kini merupakan ibu pejabat pencarian pesawat yang hilang itu. 

Sebagai tanda menghormati mangsa kemalangan terssebut, pasukan F1 tersebut akan bertafakkur selama satu minit.

 Penghormatan tersebut akan diketuai oleh ringmaster F1 Bernie Ecclestone dan Perdana Menteri Najib Razak sebelum Grand Prix Malaysia bermula. 

 Sesetengah pasukan akan membawa pelekat pada topi keledar mereka (lihat gambar atas) dan di kereta mereka (2 gambar bawah). 

 239 penumpang dan anak kapal dianggap telah terkorban di Lautan Hindi dalam keadaan misteri di atas kapal penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. 

Kalau korang  tak nampak, korang ‘ALN’ ..... 
itu ikut kata P Ramlee Nujum Pak Belalang!
  Caterham , yang dimiliki oleh Tony Fernandes, telah mengarahkan supaya keretanya perlu membawa lagenda # PRAYFORMH370. 

 Dan topi keledar pemandu akan membawanya 'Selagi mana diperlukan.’ 

Sila pakai cermin kanta pembesar untuk membantu pencarian korang

  Lewis Hamilton dan Nico Rosberg akan mempunyai 'Tribute untuk MH370' pada sidepods mereka. Pasukan Mercedes ditaja oleh  Petronas.

 Entahlah....kenapalah gerangannya, hati aku ini kuat berkata-kata sekuat persis  sinetron Indon bila bercakap sendirian yang boleh didengar berbatu-batu jauhnya... mengatakan bahawa ini semua hanyalah jalan pintas dan mudah untuk membodoh-bodohkan rakyat Malaysia dan mereka yang kehilangan keluarga tersayang  bahawa mereka juga turut bersimpati... err dengan cara mereka sendiri sambil mengaut fulus! fulus! fulus!
"Di bawah terma Perjanjian Concorde 2009, Formula besar 1 pasukan Ferrari membuat banyak wang dari dana hadiah. Ini terdiri daripada 50 peratus daripada hasil sukan itu, yang bermaksud sekitar $ 500 juta pada masa ini…. SUMBER  

 16. MOTOR RACING ADALAH BERBAHAYA DAN BISING DAN PEMEGANG TIKET MENGAKUI MEREKA TERDEDAH KEPADA KEMUNGKINAN KECEDERAAN FIZIKAL …. 
17.  SCL TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS APA-APA KERUGIAN, KECEDERAAN ATAU KEROSAKAN, BERLAKU, KEPADA PEMEGANG TIKET ATAU HARTA MEREKA ("KERUGIAN") KECUALI MANA DAN HANYA SETAKAT YANG KEHILANGAN ITU ADALAH DISEBABKAN OLEH KECUAIAN SCL, KAKITANGAN ATAU EJEN YANG DIBENARKAN.
Sama saja dengan yang di sini, untuk menghormati? :
All artist, tribute to Titiek Puspa
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...