GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, March 24, 2014

Kenali siapa sebenarnya yang memperlekehkan agama

 Habaib Najib dan Abdul Azeez ikut-ikutan berselawat 
bersama Syech Abd Kadir Assegaf (gambar@APA)
 Mereka yang memperlekeh program Selawat Perdana Malam Cinta Allah dan Rasul mempunyai hati yang berpenyakit, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Beliau berkata bila pembangkang memperlekeh program, yang berjaya menghimpunkan 500,000 umat Islam di Putrajaya pada Jumaat lepas, bermakna mereka kecewa dengan sambutan ratusan ribu yang menyertainya.

 Pada malam itu kebanyakan yang hadir berpakaian serba putih, membanjiri Dataran Masjid Putra Presint 1 dan sepanjang jalan Kompleks Pusat Putrajaya sehinggakan diumpamakan sebagai himpunan di Padang Arafah pada musim Haji dengan penuh ketertiban. Baca sepenuhnya di sini 
 
Bersih putih mulus pakaian seseorang itu belum pasti bersih mulutnya, bersih hatinya dan bersih pula kelakuannya. Cer dengar apa yang Najib pernah cakap di sini. Maka amat benarlah maksud firman Allah berikut: 
Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah, nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu. (An Nisa :61)  
  Ada orang yang rajin bicara anti korupsi, tapi hidupnya dibiayai koruptor. Ada aliran dana ke dalam akaun simpanannya.

 Jejak hidup mereka selama ini cukup mencurigakan dan nampak hanya kepura-puraan semata. Sangat jelek dan menjijikan.

Alangkah baiknya kalau dia dapat terus 
menutup auratnya sebegini…
  Allah sangat suka kalau kita berkelakuan baik.Namun amat murka kalau kita sekadar berpura-pura berkelakuan baik. Berpura-pura itu Munafiq namanya.

 Pekerjaan solat itu pekerjaan baik. Tapi kalau solat mahu menunjuk-menunjuk kepada orang …. itu perangai sang Munafiq :
"Sesungguhnya orang-orang munafik itu mahu menipu Allah dan Allah pula yang menipu mereka(dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik).Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan) kepada manusia dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (An Nisa : 142) 
  Mengadakan majlis ugama seperti Selawat Perdana itu baik, tapi kenapa tidak benar-benar berterusan buat yang baik-baik? 

 Apa perlunya mahu mengadakan konsert Twin Tower pada 28 dan 29 Mac ini  di Menara Berkembar Petronas (KLCC). Apakah dengan menugaskan 300 anggota polis termasuk yang berpakaian preman akan menjamin peristiwa enam maut kerana penyalahgunaan dadah di konsert Bukit Jalil tidak berulang?

Jom ikuti sepatah dua kata dari Habib Muhyiddin Yasin : Maka dengan ini saya meresmikan Zumba Perdana pergerakan Puteri Umno Malaysia!
Comments
12 Comments

12 comments :

Anonymous said...

Keterampilan dan keberadaan seseorang dlm sesuatu majlis keagamaan bukanlan merupakan petunjuk yg mereka itu menjiwai roh keagamaan itu. Kalau setakat tunjuk muka dan cuma berlakon shj, tak payahlah.

Anonymous said...

Jenis sesumpah tu..yg suka salin warna kulit...
Mmg jenis munafik..

Anonymous said...

Memandangkan hati Menteri Agama tidak berpenyakit malah segar-bugar penuh cahaya pancar memancar cahaya laser Konsert Twin Tower?

Apa kata hari ini diumumkan kepada rakyat Malaysia bahawa BN hendak laksanakan hudud seperti mana Kerajaan Brunei.

Anonymous said...

Memang la hebat Jamil ooi sebab hampa dah paksa semua kakitangan awam putrajaya lepas tu bersyarat pula mesti pakai jubah jika ada dengan berkepala puteh (Ketayap) konon nak tunjuk pada dunia negara yang majority beragama islam, bodohnya hang Jamil ooi ,orang ramai dah boleh agak dah yang hang akan buat kenyataan nak bagi tau yang UMNO juga boleh buat program agama dan boleh himpun seramai 500 ribu, hang tak tau ka kalau bukan UMNO buat program macam tu bukan saja orang melayu islam saja yang dok pi bahkan orang bukan islam pun ikut sama kerana nak tau macam mana yang dikatakan islam itu baik atau sesat macam pemimpin UMNO tu, contoh dia macam Najib dan kuncu-kuncunya bila diluar program agama bini sendiri tak tau nak tutup aurat ,itukah yang nak ditunjukkan oleh hang Jamil?.fikirlah sendiri.

Anonymous said...

ketahuilah dengan perpecahan umat islam, saling ejek mengejek, caci mencaci, kutuk mengutuk, tidak kira la apa parti sekalipun kita akan mudah ditawan oleh golongan kuffar... ramai umat Islam malaysia yg tidak sedar siapa musuh mereka yang nyata.. sedangkan saudara seislam sendiri dihina2 sebegitu rupa.. jadikan tragedi yang menimpa malaysia ini sebagai pengajaran. siapa tahu ini merupakan titik tolak daripada penghijrahan pemimpin dan negara... mendoakan adalah lebih baik... bersatulah umat islam malaysia, ada pihak yang mengharapkan perpecahan kita.. jangan biarkan sejarah berulang kembali..

Anonymous said...

sudah la si tua ganyut.

rumah kata pergi kubur kata mari.

orang tua pergi mati.

dunia ini untuk orang muda.



Anonymous said...

bersangka baik dengan orang lain...sepatut bila kita lihat seseorang itu berkelakuan sebegitu rupa...samaada bersyukur atau berdoa untuk kebaikan orang itu...ni tak diketawakan, diejek, di cemuh dan pelbagai lagi..yang sedihnya kebanyakkan yang mencemuh terdiri dari orang yang mengaku dia lebih islam dari orang lain...silap2 yang diejek lebih mulia dari yang mengejek...

Anonymous said...

siapa yang munafik dalm soal ni...orang yang mengejek atau diejek??? Kalau di lihat perbandingan wajah antara yang yang diejek lebih berseri dari yang mengejek...kebanyakan orang2 Pas yang dikatakan "Islam" kebanyakkan muka hitam seolah2 seri keislaman tela pudar...perhatikan betul2...contoh nyata..kalau lihat anwar ngan Tun...jauh beza serinya Tun walaupun dah berumur. Banyak yang dapat kita perhatikan...renung2kan lah...

Harith Fadhila said...

" Sesungguhnya sesuatu yang aku takutkan atas kalian adalah seorang lelaki yang membaca al-Qur'an, sehingga setelah ia kelihatan indah karena al-Qur'an dan menjadi penolong agama Islam, ia merubahnya pada apa yang telah menjadi kehendak Allah. Ia melepaskan dirinya dari al-Qur'an, melemparnya ke belakang dan menyerang tetangganya dengan pedang dengan alasan telah syirik.” Aku bertanya: “Wahai Nabi Allah, siapakah di antara keduanya yang lebih berhak menyandang kesyirikan, yang dituduh syirik atau yang menuduh?” Beliau menjawab: “Justru orang yang menuduh syirik yang lebih berhak menyandang kesyirikan ".
(Sahih Ibnu Hibban 1/282)

Anonymous said...

umgok lebih jahat dr syaitan dn yahudi

Anonymous said...

Semau tak betul. Korang jer yang betul. Phuii la peliwat

QalamQabut said...

Hmmm... Banyak jugak anak murid Raja Bomoh beri komen kat sini, boleh baca isi hati, boleh tau misteri esok hari.

Tahniahlah... Semoga dapat ketenangan berbanding kekalutan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...