JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Saturday, March 29, 2014

Korang bersaralah....bikin malu 1Malaysia!

Boleh tak sesiapa tolong bagi tahu menteri-menteri kita yang dua orang ni, bahawa senarai 40.2 juta tu, bukan seperti senarai nama dalam buku hutang cheti atau along yang pakai buku kecik 555 tu... Tolonglah bagi tau depa tu...bukan! bukan! bukan!

Kemudahan internet telah menjadikan dunia ini seolah-olah berada dihujung jari sahaja... Takkanlah begitu naif dua orang menteri kita ini?

 Pihak Interpol, yang berpangkalan di Lyon, Perancis telah menempelak kenyataan menteri Zahid Komedi yang mendakwa proses itu terlalu perlahan kerana menurutnya, pangkalan data Interpol yang mengandungi data kehilangan 40.2 juta pasport adalah "terlalu besar" dan akan menjejaskan sistem pengurusan pangkalan data Malaysia.

 Menurut penjelasan Interpol, ia hanya mengambil masa 0.2 saat untuk pangkalan datanya mendedahkan kepada pihak berkuasa sama ada pasport disenaraikan sebagai dicuri. Tidak ada negara lain yang pernah mengadu , katanya.

Sebelum ini , sudah ada mangkuk yg  pernah  memberikan alasan yang sama :

Bila ditanya kenapa pegawai imigresyen negara tidak menggunakan sistem tersebut, dia menempelak: "Tahukah kamu berapa banyak pasport dilaporkan hilang kepada Interpol? Saya dimaklumkan 40 juta". Klik di sini
Comments
4 Comments

4 comments :

Anonymous said...

imigresen malaysia paling cekap di dunia......

berjaya melepaskan pemalsu pasport naik kapal terbanng


berjaya menahan rakyat semananjung malaysia masuk sarawak terutama ahli politik pembangkang( penyanggah bangsa kangkung)

Anonymous said...

Menteri kami amat amat takut kehilangan jawatan dan kuasa kerana amat amat takut di siasat di bawah undang 2 yang mereka banggakan. Itulah hakikat kerana ketamakkan kuasa mulut binasa.

abuamir said...

Nak tunggu menteri ni letak jawatan sama juga macam tunggu kucing bertanduk. Menteri2 kangkung ni bukan ada merit, kredebiliti atau maruah. Janji dpt pulun duit elaun menteri dan projek utk kroni. Mereka ni membagi-bagikan harta rakyat macam kisah lanun dlm cerita p.ramlee- nujum pak belalang.

Ini semua salah anwar dan pembangkang- pemimpin umno/bn maksum dan penyampai wahyu melayu. Penyokong umno kami dengar kata/wahyu pemimpin dan kami patut walaupun bertentangan dgn Islam.

Anonymous said...

berita menarik;

http://rt.com/op-edge/disappearance-malaysian-airlines-flight-373/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...