GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Friday, March 21, 2014

Mat Sabu Dan Mustafa Ali kena saman RM200k

20 March 2014: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang kelmarin memerintahkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali membayar ganti rugi berjumlah RM200,000 kepada Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana memfitnah bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu berhubung isu 'Projek IC' di Sabah.

 Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua defendan itu membayar kos berjumlah RM50,000 kepada Wan Ahmad. 

 Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan Wan Ahmad terhadap pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd, Ketua Pengarang akhbar itu Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Aziz Muda kerana mahkamah mendapati plaintif gagal membuktikan Angkatan Edaran Enterprise adalah pencetak akhbar Harakah, Ahmad Lutfi sebagai ketua pengarang dan Aziz sebagai penulis artikel berkenaan.
“Dakwaan dalam akhbar Harakah itu tidak benar ... laporan Harakah menyebut saya pernah bertugas sebagai Pengerusi SPR Sabah pada 1994, sedangkan saya hanya menyertai SPR pada Disember 1998 sebagai setiausaha SPR.“Sebelum itu, saya berada di luar negara, di Amerika Syarikat dan berkhidmat sebagai menteri penasihat kedutaan Malaysia daripada tahun 1989 hingga 1994,” katanya.Laporan Harakah di muka surat N30 mendesak Wan Ahmad meletak jawatan bagi memulihkan imej dan kredibiliti SPR kerana mendakwa beliau terlibat dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam “Projek IC” di Sabah pada 2004.Akhbar PAS itu memetik kenyataan Mohamad itu mengatakan penglibatan Wan Ahmad dan Dr Mahathir adalah semata-mata untuk memenangkan BN di Sabah dalam pilihan raya.Jelas Wan Ahmad, Harakah telah tersilap orang dalam laporan mereka, kerana Wan Ahmad yang dimaksudkan dalam laporan akhbar edisi 1 hingga 3 Febuari itu sebenarnya merujuk kepada Allahyarham Datuk Wan Ahmad Wan Yusof, dan bukan dirinya.“Kenyataan itu juga merujuk kepada saya dengan nama penuh ... sedangkan personaliti yang dikatakan Harakah sebenarnya Wan Ahmad Wan Yusof yang telah pun meninggal dunia.“Beliau telah meninggal dunia, dan pernah berkhidmat di Sabah,” katanya, dan menambah laporan Harakah itu berupa tuduhan yang memberi tafsiran dirinya menjadi dalang sebagai konspirasi jahat untuk memenangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ketika itu.

 Mahkamah turut memerintahkan Wan Ahmad membayar kos berjumlah RM20,000 kepada ketiga-tiga defendan itu.

 Pada 5 Mac tahun lepas, Wan Ahmad memfailkan saman dengan mendakwa Mohamad mengeluarkan kata-kata fitnah dalam artikel bertajuk 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR - Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' dalam Harakah edisi Jumaat 1-3 Feb 2013.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...