JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, March 18, 2014

MH370 : Harapan yang tidak mungkin kunjung tiba ....

  Kini carian masuk hari ke-11, dengan teori-teori yang semakin liar mengenai apa yang sebenarnya berlaku. 

 Keluarga penumpang dan anak kapal dalam pesawat yang hilang semakin cemas dan kecewa  berpanjangan. 

 Mungkin kerana situasi yang demikian, maka Menteri Auw-Auw kita cuba memberikan harapan kepada kaum keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 yang hilang  itu : Bahawa pesawat itu akan dapat ditemui semula. 

  Tetapi bagaimana pula dengan untung nasib 239 penumpang dan anak kapal itu? Apakah mereka masih hidup di suatu tempat? Atau apa-apalah... 

 Pada hakikatnya beliau sendiri tidak dapat menafikan atau menolak apa-apa sahaja kemungkinan.Hanyasanya beliau mahu menyedapkan hati orangramai sahaja....

 Walhalnya, dia sendiri , aku rasakan tidak memahami apa yang telah dia tuturkan. Apakah korang faham apa yang dia cakap? Cer telitikan kata-katanya, sebutir, sebutir seperti yang dilaporkan oleh Bernama hari ini, beliau berkata: 

"Masih ada harapan bagi MH370 oleh kerana tiada panggilan 'distress', tiada pihak menuntut wang tebusan atau mana-mana kumpulan mendakwa bertanggungjawab," 

Pada aku, blogger cikai ni, bukankah kalau ada panggilan distress, maka sudah tentulah lebih awal tindakan tertentu akan diambil dan operasi carian akan lebih mudah  dilaksanakan.

 Apatah lagi kalau ada pula yang menuntut wang tebusan atau ada yang mengaku bertanggungjawab, tentunya itu lebih mudah untuk kita mengetahui situasi MH370 yang sebenar.Betul tak?

 Sebelum ni, pada hari ke-8, MH370 hilang,PM Najib juga dilaporkan oleh Bernama bahawa Petunjuk Baharu Mengenai Lokasi Pesawat, Bawa Harapan Baharu Kepada Keluarga.Harapan yang tidak mungkin kunjung tiba ....
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

oh tolongla okay..aku sebenarnya naik pening dgn setiap kenyataan yg dituturkan menteri Auw2 d atas..sebab kenyataan beliau mengenai mh370 sebiji COPY PASTE dr kenyataan masa pencerobohan Lahad Datu Mac tahun lepas..#prayforMF370#

Anonymous said...

Pada aku mereka (menteri pengangkutan & pee em) bercakap macam burung kakak tua, membaca apa tanpa memasukan sedikit usaha dari intelgene kendiri.
Mereka hanya membaca bukan bercakap, dengan izin, tanpa menggunakan ".... technology know how.... " mereka becakap hanya atas dasar, dengan izin, " hunch & assumptions ".

Pada awalnya, PMP (pemangku menteri pengangkutan) MENAFIKAN kabar berita dari pakar penerbangan luar bahawa MH370 terus terbang selama sekurang-kurangnya 4jam selepas lenyap dari radar kawalan.
Top top kini kemungkinan MH370 mendarat di Australia Barat atau sempadan Afghan dan Pakistan.... Kawasan Taliban. PERCANGGAHAN PENYATAAN dalam kenyataan tersebut,

Sebagai Defence Minister (DM), beliau PERLU PERJELASKAN KENAPA apabila radar angkatan tentera (air defence radar) mengesan 'objek' melintasi paparan radar ruang udara negara TIDAK ADA TINDAKAN TUDM, persoalannya :

1. Adakah pegawai menjaga radar tidak melihat radar semasa itu ATAU tidak melapurkan pengesanan itu kepada yang berwajib untuk tindakan.

2. Data radar hanya dilihat dan disemak SELEPAS lapuran kehilangan MH370.

DM telah mengelamkan aspek ini dalam lapuran PMP.

Yang jelas terlalu longgar dan sambil lewa pengurusan air defence radar kita.

Penyataan yang berbolak balik berdasarkan ' hunch & assumption' ini merobekan intergriti negara ini dimata dunia.

Diburukan lagi, terutama di kacamata dunia Islam Asia Barat, dengan apa yang dunia sebut " Flaying Carpet Witchcraft". LEBIH HINA DAN MENGAIBKAN apabila belia-belia bukan Islam, berpakaian tak senonoh mealkaunka semual di youtube, gelagat " Flaying Carpet Witchcraft" dengan menyebut "... Allahu Akbar". Dimana pejuang kalimah Allah..... Menikus kebawah kapet dan dalam lubang....

Kawan saya yang baru balik dari Umrah juga kena tempias sindiran di sana.

Tokwan Perak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...