GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Thursday, March 20, 2014

MH370 : Jumpa di Selat Melaka

Boleh dikatakan setiap hari ada saja berita melaporkan mengenai penemuan pesawat MH370 yang hilang itu.Tapi biarlah kali ini, penemuan yang dilaporkan itu biar betul-betul dan  adalah yang paling betul adanya....

 

MISTERI kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang memasuki hari ke-13 pada Khamis, menyaksikan pelbagai pihak tampil dengan teori dan gambar kononnya yang diperoleh menerusi rakaman satelit menunjukkan lokasi terakhir pesawat itu dilaporkan hilang.
Terbaharu, satu lagi imej dimuat naik dengan mendakwa bayangan dalam air yang dirakam oleh satelit merupakan pesawat MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu.
 Berbeza dengan gambar lain, kali ini penerangan mengenai gambar tersebut lebih terperinci termasuk kedudukan pesawat itu ditemui.

 Pesawat tersebut kini didakwa berada di dalam lautan di Selat Melaka iaitu lokasi terakhir penerbangan yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu dikesan radar tentera.

 Bagaimanapun tiada pihak yang tampil membuat pengesahan mengenai ketulenan gambar tersebut.SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...