GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, March 25, 2014

MH370 terhempas dalam misi membunuh diri.....???

Pesawat Malaysia Airlines MH370  terhempas di selatan Lautan Hindi mungkin dalam misi membunuh diri, lapor akhbar Britian Daily Telegraph, memetik sumber yang enggan dikenali sebagai berkata, hari ini.

 Akhbar itu menyatakan pasukan penyiasat kehilangan MH370 percaya tiada kerosakan atau kebakaran yang mampu menyebabkan penerbangan luar biasa pesawat itu.

 “Sistem komunikasi pesawat yang ditutup juga tidak menyebabkan MH370 berubah haluan dan terbang secara senyap selama tujuh jam ke lautan itu,” kata akhbar harian itu.

 Satu sumber rasmi memberi tahu The Telegraph bahawa penyiasat percaya " Ini adalah tindakan sengaja oleh seseorang dalam pesawat yang mempunyai pengetahuan terperinci untuk melakukan apa yang berlaku.... Tiada yang mengembangkan butir itu menjadi motif.” 

 Ditanya mengenai kemungkinan pesawat itu mengalami kerosakan atau kebakaran dalam pesawat, sumber memberitahu The Telegraph:

”Ia tidak saling berkait… (Penyiasat) meneliti proses yang diperlukan untuk menerbangkan pesawat itu di mana ia terbang selama lapan jam. Mereka mendapati ia dikendalikan dengan cara yang rasional.” SUMBER

 Walaupun tanpa penemuan bangkai yang dapat disahkan, Najib berkata malam tadi, data terbaharu menunjukkan MH370 mengakhiri penerbangan lapan jamnya pada 8 Mac dalam lautan, di kawasan terpencil perairan Lautan Hindi.

 Data itu diberikan oleh syarikat satelit Inmarsat milik Britain dan Biro Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

 Nampaknya secara tidak langsung, kehilangan MH370 itu cuba diletakan keatas bahu Kapten Zaharie. Siapa lagi yang dalam pesawat itu yang mempunyai pengetahuan terperinci selain dia? 

Tetapi kenapa Najib tidak sentuh perkara ini? Apakah PM Najib bimbang wartawan akan menyoalnya? Saya sambung di entri petang nanti.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

kalau nak bunuh diri tak perlu ada korban nyawa yg bgitu ramai,kenapa di lautan hindi?di laut cina selatan pun bolehkan?,perbuatan membunuh diri di sebabkan apa?juruterbang ada masaalah rmhtnga?Along?semua tu tak mungkinkan?lagi pun juruterbang dan pembantunya bukahkah seorng islam?.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...