GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, March 11, 2014

Pasport Curi adalah 2 warga Iran?

Dua penumpang yang menggunakan pasport curi itu adalah warga Iran.Kenalan salah seorang daripada mereka memaklumkan BBC Persia, dia menjadi tuan rumah kepada mereka di Kula Lumpur setibanya daripada Teheran beberapa hari sebelum meneruskan penerbangan ke Beijing.

Sumber itu, mendakwa dia mengenali salah seorang daripada mereka sejak waktu persekolahanya di Iran, berkata, mereka berdua membeli pasport palsu tersebut kerana mahu berhijrah ke Eropah.
Mereka telah membeli pasport tersebut dan juga tiket ke Amsterdam via Beijing di Kuala Lumpur .
Lelaki tersebut memberitahu BBC Persia bahawa salah seorangnya mahu menuju ke Franfurt, Germany dimana ibunya tinggal di sana, dan yang seorang lagi mahu ke Denmark.

Koresponden BBC Persia, Bahman Kalbasi memberitahu The Telegraph, bahawa warga Iran berdua itu mahu mencari "tempat untuk menetap".

Pendedahan tersebut muncul setelah seorang warga Iran yang misteri, dikenali sebagai  'Encik Ali' telah membeli tiket untuk mereka berdua.

FBI Amerika kini sedang cuba menjejakinya.SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...