GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, March 26, 2014

Penerbangan MAS ada potensi gulung karpet.....

 Syarikat penerbangan MAS telah mengalami kerugian dan hanya kerugian sahaja sejak sekian tahun ini.

 Pada tahun 2012, MAS  menanggung kerugian sebanyak RM433 Juta sahaja berbanding  kerugian sebanyak RM 2.52 billion pada tahun 2011.

 Namun pada tahun 2013, MAS terpaksa menanggung kerugian sehingga hampir TIGA kali ganda jumlah kerugian yang dialami pada 2012. 

 RM 1.174 billion merupakan satu jumlah kerugian yang agak besar. Kerugian MAS pada 2013 telah diumumkan sendiri oleh Ahmad Jauhari Yahya di sini

 Kini, Malaysia Airlines telah menawarkan $5,000 pampasan kepada waris mangsa tragedi Penerbangan MH370. 

  Bayaran itu akan dibuat untuk setiap orang yang terbunuh selepas pesawat menjunam ke Lautan Hindi. 

  Walaupun bayaran ini dibuat, syarikat penerbangan itu mungkin akan dipaksa untuk membayar berjuta-juta ringgit untuk setiap penumpang pada masa hadapan. 

 Dijangka bahawa kebanyakan tuntutan pampasan daripada keluarga mangsa akan dibuat di luar mahkamah pada masa hadapan. 

  Seorang peguam telah berkata, waris keluarga boleh menerima antara $ 400,000 dan $ 3 juta sebagai ganti rugi. 

  Akhbar luar negara melaporkan, potensi tindakan undang-undang terhadap Malaysia Airlines akan berlaku dalam beberapa negara yang berbeza kerana melibatkan 14 kewarganegaraan dalam kapal penerbangan itu. 

  Malang menimpa tak henti-henti keatas syarikat penerbangan negara ini.Tetapi kali ini ianya adalah sangat tragik. 

Dengan  apa yang sedang dialami sekarang ini, potensi untuk gulung karpet sudah pasti bakal ditempuhi oleh syarikat ini.
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

MAS yg merupakan syarikat penerbangan unggul bagi negara Malaysia dulu, kini bakal tersungkur disebabkan oleh tangan2 yg penuh dgn najis mungkar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...