GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, March 19, 2014

Sidang akhbar gempar : Dua keluarga penumpang hilang sabar

Sidang akhbar petang tadi hampir bertukar menjadi gempar apabila dua wanita yang dipercayai saudara-mara penumpang dari China telah cuba memasuki bilik persidangan yang sedang berlangsung untuk mengadakan protes.

"Sudah 12 hari,  ... aku tak tahu di mana kesayanganku …
Sudah 12 hari, Mana anak aku? Kenapa tidak bagi saya jawapan?"
Mereka membantah dan menyatakan rasa tidak puas hati mereka, "Kami menyeru kepada kerajaan Malaysia untuk memberikan maklumat yang segera. Tidak ada maklumat, hanya mencari yang tidak berkesudahan..."

Dua wanita yg tidak berpuas hati dibawa keluar anggota keselamatan
  Kedua-dua wanita tersebut kemudian dibawa keluar oleh polis, naik eskalator dan ke bilik lain sebelum dibawa keluar dari hotel.

Sekumpulan wartawan menunggu di luar bilik 
untuk menemui 2 wanita tersebut
Tetapi polis yang mengawal  tidak membenarkan mereka.

 Ketika diiringi keluar dari hotel berhampiran Lapangan Terbang Kuala Lumpur, salah seorang wanita berkata, "Kita tidak tahu berapa lama kita akan perlu lagi menunggu."

"Di manakah mereka? ....... Di manakah mereka?"
 Berikut dua rakaman video oleh Skynews :
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...