GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, March 26, 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014 semakin suram

Sejak tragedi malang menimpa MH370 yang melibatkan penerbangan antara KL dan Beijing, hubungan antara kedua negara terlibat telah mula menampakan sedikit  permasalahan.

 Sejurus pengumuman mengenai nasib pesawat MH370 dibuat, kebanyakan kaum keluarga khasnya warganegara China menjadi trauma, menangis teresak-esak kerana tidak dapat percaya diatas kehilangan anggota keluarga tersayang buat selama-lamanya. 

  Lebih mendukacitakan apabila waris mangsa warganegara China membuat  cemuhan dan tuduhan bahawa Malaysia adalah pembunuh utama penumpang-penumpang dalam pesawat MH370. 

 Mereka mengadakan protes di hadapan kedutaan Malaysia di China, di Beijing.  bagi melahirkan ketidakpuasan hati mereka terhadap cara pihak berkuasa Malaysia menangani tragedi ini.Mereka tidak puas hati lantaran tiada bukti kukuh ditemui sehingga kini. 

 Agen pelancongan mengatakan kehilangan pesawat MH370 telah memberi impak yang negatif. Pelancong China, yang pernah menjadikan Malaysia sebagai destinasi yang menarik, kini mencari tempat lain. 

 Sebelas ejen pelancongan China berkata bahawa tempahan antara China dan Malaysia telah jatuh mendadak, dan ramai yang telah membatalkan perjalanan mereka, di tengah-tengah kemarahan kerana melihatkan kurangnya maklumat yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada keluarga penumpang. 

 "Ramai yang mempunyai tanggapan yang negatif terhadap negara ini sekarang," kata Chen yang bekerja dengan Comfort Travel, di bandar selatan Guangzhou, yang menumpukan sepenuhnya kepada pelancungan ke Asia Tenggara.

 Tahun Melawat Malaysia 2014 tak dapat tidak kini menjadi semakin suram. 
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Akibat sial UMNO sebagai pemimpin dan sistem kehakiman negara @ Due to bad luck of UMNO leadership and the country's judicial system

Anonymous said...

Nah rasakan kau Nazri antara sumber haram pun kau nak halalkan macam-macam pesta maksiat diluluskan Allah dah murka dah merosot bilangan pelancong ke Malaysia selepas ni Allah akan tarik blk segala kemurahan rezeki di dlm Malaysia selagi kerajaan BN tak mahu berubah menjadi lebih mendekati suruhannya dan menjauhi segala larangannya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...