JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, March 02, 2014

Taib Mahmud : Turun kerusi KM, naik tahta

Taib mengangkat sumpah sebagai  Yang di-Pertua Sarawakke-7 di hadapan 
Ketua Menteri Sabah dan Sarawak , Tan Sri Richard Malanjun .Turut hadir, 
Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem.  ~ New Straits Times
 
Rabu 12 Feb lalu, Taib Mahmud secara rasminya telah meletakan jawatannya sebagai Ketua Menteri dan melepaskan kerusi negeri Balingian, yang sekaligus telah membuka jalan untuk pilihan raya kecil.

 Isu perletakan jawatan dan PRK Balingian tidak pula menjadi isu hangat sebagaimana tatkala adun Kajang mengosongkan kerusinya yang menyebabkan PRK Kajang.

 Ini kerana rakyat Sarawak memang telah lama menyampah dan meluat dengan Taib Mahmud. Mereka sepatutnya meraikan perletakan jawatan Taib sebagai Ketua Menteri paling lama iaitu selama 32 tahun.

Turun kerusi KM, naik tahta pula...
 
 Malang bagi rakyat Sarawak kerana perletakan jawatan Taib sebagai KM itu bukan mahu bersara terus, tapi masih mahu berkuasa dan kali ini melalui kuasa sebagai Yang Di-Pertua Negeri pula!

 Maka terdapat usaha oleh satu gabungan 55 pertubuhan bukan kerajaan dan empat parti pembangkang Sarawak melancarkan satu petisyen menentang Taib Mahmud dari menjadi gabenor.

 Namun usaha itu tidak mampu menahan nafsu keparat yang brgelora orang tua krepot itu. Agong mempersembahkan watikah yg diidaminya itu pagi kelmarin walaupun Taib dalam keadaan kotor comot bergelumang dengan banyak tuduhan-tuduhan rasuah meliliti tubuh badanya itu. 

 Taib tidak seharusnya dilantik menjadi  Yang Di-Pertua Negeri selagi dia belum dibersihkan dari tuduhan-tuduhan salah guna kuasa dan rasuah yang masih berkisar di sekelilingnya.

 Ada ramai calon yang lebih berkebolehan dan kurang tercemar, yang boleh dilantik sebagai Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, selain Taib, seorang ahli politik yang paling korup dan gila kuasa kerana mahu menghimpun harta semata-mata untuk diri dan keluarganya sendiri sahaja.

 Taib sanggup mengenepikan Timbalan Ketua Menteri dan merupakan Timbalan Presiden 1 PPB, Alfred Jabu Anak Numpang lalu menamakan sendiri penggantinya, Adenan Satem iaitu ahli keluarganya sendiri yang begitu uzur.Pelik bukan?

 Ini merupakan kali kedua Jabu disisihkan. Pada 1981, beliau sudah menjawat Timbalan Ketua Menteri . Tetapi, Abdul Rahman Yakub , Ketua Menteri melantik Taib Mahmud, anak saudaranya sendiri utuk menggantikan tempatnya.Ada patutkah?

 Malah perlantikan Satem itu telah melangkau ‘bendul’ hiraki kepartian iaitu Abang Johari Tun Openg, Timbalan Presiden PPB (11) and Awang Tengah Ali Hassan seorang Naib Pesident.

 Begitulah kuasa yang ada pada Taib yang sudah siap perkiraan tolak dan darabnya dalam menentukan kuasa supaya tidak terlepas ke tangan lain.

 Kerusi Balingan yang dikosongkannya pasti akan diberikan kepada anaknya, Hanifah bagi menyediakan dirinya untuk memimpin PBB kearah PRU yang akan diadakan dua tahun lagi dari sekarang. 

 Adenan Satem yang uzur itu kemudiannya akan diketepikan kerana tugasnya telah selesai akhirnya.

Begitulah strategi Taib untuk meneruskan kuasa berada dalam genggaman dan keluarganya.

  Najib nampaknya terpaksa akur dan tunduk patuh kepada setiap karenah Taib.Najib memang dikenali sebagai suami yg takut dengan isteri sendiri, tentunya dia tidak seberani Ragad Kurdi yang khabar beritanya ada di sini.

  Sarawak adalah 'simpanan tetap’ kepada Umno-BN kerana memperolehi undi majoriti sekaligus menyumbang kepada kemenangan besar Umno-BN. PRU13 lalu, di Sarawak BN memenangi 25 daripada 31 kerusi.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...