GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, April 04, 2014

Antara Himpunan Derita Rakyat dan Malam Cinta Rasul : Orang Baling mendapat dua kebaikan dengan menyertai kedua-duanya sekali.

Orang Baling boleh mendapat dua keuntungan :
Bersama Pas  utk tuntut harga getah yg lebih baik pada
jam 3.00 ptg. Dan boleh pergi ke program umno tu 
pada sebelah pagi dan malam sahaja.
Berikut adalah saya peskopi coretan Ust Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi melalui face book untuk sama-sama kita memikirkannya:

5 APRIL: Malam Cinta Rasul bersama habib pada 5 April, yang saya yakin adalah anjuran Umno, tidak syak lagi bertujuan untuk mengganggu acara PAS, Himpunan Derita Rakyat: Baling 02, kerana acara PAS ini dirancang lebih awal.

 Apa salahnya jika penganjur malam bersama habib memilih tarikh lain. Biarkan orang Baling bersama PAS pada hari itu, dan pada tarikh lain, orang Baling boleh bersama habib pula.

 Tindakan ini merugikan orang Baling dan pada masa yang sama menjejaskan kewibawaan habib. Tanggapan orang ialah, habib bersekongkol dengan Umno untuk menjejaskan acara PAS.

 Jika kedua-dua acara itu baik, biarkan orang Baling mendapat dua kebaikan dengan menyertai kedua-duanya sekali.

 Kecuali memang acara malam bersama habib itu bertujuan jahat, elok benarlah orang Baling tidak terlibat dengannya walau acara itu bersama habib dan berselawat.

 Jika saya berpendirian bahawa sebahagian habib telah diperalat untuk kepentingan politik sempit Umno, tentu pencinta habib tidak bersetuju dengan saya.

 Namun begitu, keterlibatan habib dengan acara Umno pada tarikh yang sama ini membenarkan pendirian itu.

 Acara malam bersama habib itu turut diserikan dengan cabutan bertuah. Ini juga menjadi bukti bahawa acara ini bertujuan untuk mengganggu acara PAS dengan menarik orang ramai untuk fokus kepada cabutan bertuah tersebut.

 Paling manis lagi jika acara PAS itu turut disertai oleh habib walau pun tidak dijemput secara khusus kerana acara itu adalah acara untuk turut merasai derita rakyat Baling kerana kejatuhan harga getah secara mendadak.

 Jika habib turut menyertai acara ini, tampak benar mereka turut berusaha memahami derita rakyat.

 Tetapi, jika kedua-dua acara ini berlangsung serentak, orang berpandangan habib tidak memahami derita rakyat tetapi hanya tahu melayan kehendak penguasa yang menindas rakyat sahaja.

 Ini pendirian saya. Terpulanglah bagaimana pencinta habib ingin menilai pendirian ini.
Comments
5 Comments

5 comments :

MOOfushi said...

Habib itu kena ikut sekali menyokong dan menyertai himpunan derita rakyat
ada berani ke, habib ini kena tunjukkan keprihatian, Seperti Tok Ki dia nabi kita SAW
Kalau tak tak payahlah mengaku Habib

Anonymous said...

Saya bengkek gila dengan orang Baling. Terutama pemuda-pemuda Baling, hanya kerana nak dapat ole-ole hp 3G dari UMNO/BN mereka sanggup makan umpan PRU13.

Malah penoreh-penoreh pun sama... masa harga getah tinggi dia lupa nak membantu Pakatan Rakyat, masa susah baru nak teringat.

Aku masih ingat video di Felda yang ada seorang tu yang menghalang ANAK dari masuk Felda dengan kata "Kami dah kaya".

Anonymous said...

Kalau bleh buat dekat2. Nanti fru konpius. Basah yahanana nanti.

Anonymous said...

mungkin habib tak tau pasal himpunan. mungkin habib tak mau terlibat bab2 politik kot. tapi bila bala Allah swt turun keatas orang2 zalim, orang2 tak zalim pun kena sekali. kira serban boleh lah. dgn najib boleh. dgn jamil boleh. dgn fathul boleh.

minta PAS jemput habib untuk Malam Cinta Rasul tajaan PAS. kita lihat habib berani datang tak?

Anonymous said...

Berselawat pun nak kena buat majlis ker? Rasanya tak perlu. Sambl driving drp dengar lagu baik selawat, sambil mula sampai habis nasal boleh selawat, sambil potong getah boleh selawat, sambil naik moto gi surau bole selawat, nak tidur bole selawat. Pendek kata selawat boleh buat di mana2 dan bila2 masa.

Berselawat tak perlu bergoyang beryahana. Dalam hati pun boleh, berbisik pun boleh, berkain pelikat boleh, berkot boleh asalkan ikhlas di hati dan bukan menunjuk2. Tak guna berselawat setahun sekali sambil tunjuk jubah Serbian baru sedangkan selepas ITU perangai jauh dari yg nabi suruh. Tak guna masa majlis berselawat tudung dan telekung lingkup tapi lepas turn tayang rambut fesyen mengerbang. Tak guna berselawat klu pakaian anak pompuan kurang kain dedah bontot dan buah dada pun buat tak nampak.

Selawat mengingatkan kita pada rasul junjungan dan pd masa yg sana mengingatkan kita supaya mengikut apa yg diajarkannya pd kita. Berselawat klu utk bermegah, utk menjuk mana lebih byk dtg, mana lebih hebat, tak ikhlas nananya. Jika niat dan tujuan berselawat dibuat untuk mengurangkan jumlah hadirin ke majlis org lain, tak faedah namanya. Apa guna amalan yg baik kalu niatnya pun dah terpesong........
Kalu niat selawat tu cuma nak dapat moto, 3g dan topi keledar, hentikanlah. Buatlah kerja lain yg berfaedah. Sambil itu selawatlah bila2 masa di mana saja selagi termampu.

Ingatlah.....selawat bukan berniatkan selain untuk memuliakan Rasulullah. Niat selain drp itu, bukan dipanggil berselawat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...