GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, April 24, 2014

Apakah Gajah akan tunduk kepada pelanduk?

 Pas mesti meneruskan hasrat membentangkan usul rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Parlimen dan tidak sesekali tunduk kepada penentangan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya demi menjaga hati pakatan pembangkang.

 Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa berkata, perjuangan untuk menegakkan hukum Islam adalah cita-cita tertinggi penubuhan parti itu dan usaha ber-kenaan tidak seharusnya dikendurkan atau digagalkan hanya kerana tentangan daripada DAP dan PKR.

 Menurutnya, sekarang adalah waktu terbaik untuk Pas membentangkan rang undang-undang itu di Dewan Rakyat bagi membolehkan Kerajaan Negeri Kelantan mendapat kebenaran melaksanakan hukum hudud kerana Kerajaan Persekutuan dan UMNO sendiri sudah menyatakan sokongan.

 "Hudud merupakan antara teras perjuangan Pas yang telah lama kita perjuangkan kerana itu tuntutan syariah. Saya harap matlamat pelaksanaan syariah lebih diutamakan daripada sebarang percaturan lain yang bersifat politik. Pas perlu pastikan jadi realiti kerana inilah yang ditunggu oleh orang Islam.

 "Sekarang masa paling sesuai sebab ada keterbukaan daripada Kerajaan Pusat dan UMNO tetapi penghalangnya adakah kita nak jaga hati rakan politik (DAP dan PKR)," katanya ketika ditemui pada Seminar Antarabangsa Penghayatan Wasatiyyah Dalam Kerangka Maqasid Syariah, katanya di sini.

Itu adalah kenyataan Nasharudin Mat Isa pada 10 April lalu di akhbar Utusan Meloya. 

 Orang PAS lazimnya akan memboikot akhbar tersebut. Kalau anda atau sesiapa sahaja yang dilihat mengepit akhbar Utusan, pastinya anda akan dicop sebagai orang Umno. Anda akan dipandang rendah dan sempit pemikiran kerana membaca akhbar Umno tersebut.

 Anda adalah berfikiran terbuka dan Islamik kalau anda mengepit akhbar Harakah. Anda adalah pejuang Islam yang tulin sekiranya anda membelinya walaupun tidak membacanya ....Anda adalah Islam Haraki....

Akhbar Harakah pun seolah-olah sudah ikut cakap Nasa? 
Ingatkan blog-blog macai Umno sahaja ….

 Apakah 21 Ahli Parlimen PAS akan mampu mendapatkan sokongan 88 Ahli Parlimen Umno? 

 Itulah yang bakal kita saksikan bila ianya dibentangkan di parlimen kelak; Insya' Allah ~ Kita akan menyaksikan bagaimana Gajah yang besar dan terkenal ganas selama ini, akan tunduk melutut kepada pelanduk yang begitu kecil ....
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Memang baik sungguh mamat nie buat kenyataan apa tidaknya beliau baru saja balik dari melancung dengan sekutu mesera UMNO nya maka elok sangat buat ulasan tentang pembentangan usul RUU hudud tu, sebab setakat ini hanya PKR dan DAP masih lagi tidak menunjukan realiti untuk menyokong RUU tersebut,kita lihatlah nanti PAS akan dipermainkan oleh UMNO,tunggu dan lihat.Amin!!!!!?

Anonymous said...

Auta SANDIWARA
auta tipu SANDIWARA
auta tipu klentong SANDIWARA

Apakah itu auta SANDIWARA?
Benda yg tak ada djdkan CERITA!

cth 1,
Logikkah isu komunis & pil kuda swktu dkt pru13..setan2 dikenali gerenti seronak gaban wktu tu kan kan??

cth 2,
Adakah setan dan lebih2 lg setan2 yg dikenali yg buat kerja lucah FITNAH rasuah auta SANDIWARA dan hancuss AMANAH setuju syok nak sokong hudud Allah??

Inilah auta SANDIWARA tipu keliru klentong hasil drp sembunyi2 br ug dgn setan2 yg dikenali!

Anonymous said...

Bodoh dang bangannya dia ni sebab hanya harapkan Pas untuk membentang rang undang2 Hudud di Perliman sedangkan bukan memerentah Malaysia. Tapi dia yang kini begitu rapat dengan Pm tak pula minta Pm membentang rang undan2 tersebut di Perliman itu lebih meyakinkan untuk di luluskan.

Anonymous said...

sesekali kelakar juga bila abang kepada al-Tantawi bercakap dan memberi nasihat kepada PAS. Kalau seorang lagi adiknya YB Pasir Mas mendengar, tentu beliau tersenyum gembira. Maklumlah abangnya ust Nasa amat mengambil berat mengenai PAS.
Nasihatnya, PAS mesti mengambil peluang menuntut hukuman hudud kerana UMNO akan menyokong tuntutan PAS. Lihatlah betapa ikhlas nasihat matan Tim Presiden PAS merangkap penasihat PM Malaysia dari UMNO. Indahnya, jika beliau menasihat UMNO atau presidennya supaya melaksana hudud diseluruh Malaysia, UMNO akan dikenali sebagai sebuah parti memperjuang hukum Islam. Orang melayu akan berduyung-duyung masuk UMNO, termasuk YB Termeloh dan YB Pasir Mas. Bahkan kemungkinan Tim. mursyid PAS sendiri pun rasa terliur untuk bersama. Tidaklah ketua JATI bersendirian berjuang mempertahankan akidah Islam.
Sudah tentu parti PAS terpaksa tutup kedai dan begabung dgn UMNO tanpa syarat.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Ada orang kata, Umno sudah berubah - dulu lain, sekarang lain....aku kata, apakah Umno berubah sejak berhananana dgn Habaib?

Anonymous said...

Cuba fikir sejenak. Dulu Pas nak laksana hudud di Kelantan, kata Umno
tentang. Berbuih mulut orang Pas
kempen yang umno tolak hudud.
Sekarang bagi le peluang Pas untuk
paling tidak bentangkan di parlimen.
Dulu macam2 kata, zalim le, munafik
le, kafir le kalau x laksana hudud.
Pernah dengar dr Nik Aziz
( kalau umno laksana hudud, kita
sanggup bubar Pas. kalau x, mati
hidup balik kita lawan umno ).
Sama2 kita muhasabah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...