GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, April 25, 2014

Azazil mula menampakan bayangannya... Nik Amar masih keliru?

KOTA BHARU 23 April - Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak ada hak menentang atau menghalang hasrat Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini.

 Dalam perjanjian Majlis Pimpinan Pembangkang yang di¬meterai pada 28 September 2011 itu tidak menyentuh mengenai pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Baca seterusnya di sini 

 Memanglah DAP dan PKR tidak ada hak menentang dan menghalang Hudud. Tapi janganlah lupa bahawa mereka ada hak untuk tidak sokong dan tidak bantu hasrat PAS merealisasikan Hudud di Kelantan.

 21 PAS dan 88 Umno tidak mampu melakukannya. Tapi persoalan utama ialah, apakah kesemua 88 Umno itu akan menyokong Hudud? 

 Apakah Nik Amar masih amat yakin sekali dengan sokongan Umno apabila hari ini PM Najib mengeluarkan kenyataan : Kerajaan tidak tolak hudud - PM

 Antara kata-kata  PM itu , "Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai."

 Lihatlah, wahai Nik Amar dan yang sewaktu dengannya, bagaimana bayangan Azazil mula menampakan dirinya : di sini
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Nik Amar ni bukanlah jenis yg bijak "membaca dan meneliti" sepak-terajang politik.Dia kekal lama diarina politik Kelantan sebab mertuanya(TGNA).Lihat komen Presiden MMA tentang cadangan Nik Amar nakkan doktor buat kerja potong tangan jika hukum Hudud dilaksanakan.Fokusnya tentang "potong tangan" menyebabkan orang keliru tentang Hudud.

Anonymous said...

As-salam Pok Chik...

Bagi saya biarkanlah kerajaan Kelantan membentangkan private bill di parlimen...

Sekurang-kurangnya kita boleh tahu nasib Undang-undang Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu berikutan pembentangan private bill tersebut.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Janganlah diperbodohkan oleh Umno.Beberapa senarionya yg bakal kita lihat ialah:
1) Puak PAS akan kata : Lihatlah, PAS telah berjaya mempengaruhi separuh MP Umno unt menyokong Hudud.Bahawa bukan semua MP Umno tolak Hudud...jom usaha lagi, esok lusa tentu akan kesemuanya sokong Hudud....

2) Umno pula akan kata : PAS gagal kerana PKR dan DAP menentang Huidud ...

3) Umno dan PAS akan kata bersama : Jomlah kita bersama demi agama bangasa dan ugama ....Kah!Kah!Kah! Hidup UG!

Anonymous said...

Alhusseyn..
lepas drama br ug ddlm gelap kantoi

demer buat sandiwara kominih pulak

sambung auta sandiwara pil kuda

pastu terus tindih kerusi


lerr nih yeop,
demer sibuk sandiwara hudud 'ug'
hudud dr inspirasi setan2 dkenali

Anonymous said...

betul sangat tuan....saya lihat ianya adalah soalah olah usaha dua tiga kerat pemimpin PAS khasnya dari Kelantan. Tiada sokongan jelas dari kalangan pemimpin pusat. Mungkin tiada perbincangan, forum atau wacana untuk mendapat inputa atau nasihat balas. Tiada perancangan rapi kerarah nya. Tiada pelan tindakan yg kukuh melibat semua mereka yg pakar. Saya pun tak tahu sama ada ada dibincngan panjang lebar dalam AJP Pusat Pas untuk mendapatkan pandangan dan mandat. Saya berkeyakinan ia adalah tindakan unilateral dikalangan kolompok dalam PAS yg tidak cerdik mrmbaca keperluan semasa. Mereka ini adalaah kelompok yg serampang dua mata. Menburukan golongan yg lain dalan PAS dan menghulur tangan kepada musuh. Mereka gelojoh sebenarnya kerana kesuntukan masa dan idea bagaimana untuk menguatkan kembali golongan ini tak kala TGNI bertambah tidak sihat. Persedian mereka disokong oleh pemimpim PAS negeri lain khasnya Trengganu. Saya sudah duga akan berlaku kegagalan untuk mrmbawa ke parlimen. UMNI secara politik telah mendapat untung besar kerana kenyatan Najib sedia mendengar hasrat Pas Kelantan ini. Percayalah mereka yg dua tiga kerat bakal menjawab dengan krtikan besar di Muktamar akan datang. Soalan ..Adakah MB dan kalangan yg mbawa cadangan ini bakal ranap masa depan politik mereka.. Husam Musa tahu jawapanya.

Anonymous said...

Dan hampir berakhir lah kisah pakatan.aku da agak da pun.bergembira lah geng ug.tapi ada satu nasihat.amno bkn lah parti bodo

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...