GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, April 25, 2014

Berita yang tidak akan tersiar di akhbar Malaysia....


Sewaktu berlepas ke Beijing pada 21 April, beliau berkata,
“…Hari Rabu saya boleh balik  dan hari Khamis kita boleh umumkan …” 
Apasal tidak bersama untuk memberikan taklimat kepada ahli waris, 
wahai Tuan Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang?
Apakah Pengerusi Jawatankuasa Waris Penumpang , Hamzah Zainuddin masih belum pulang dari Beijing?

Sebelum ini dilaporkan, beliau akan mengumumkan pelan bantuan kewangan dan pelan tindakan kepada waris penumpang MH370 sebaik sahaja pulang dari Beijing, China pada Khamis ini (24 April, semalam).Beritanya ada di sini

 Sehingga hari ini, Jumaat, masih tidak ada apa-apa pengumuman dibuat oleh Zainuddin sebagaimana yang dijanjikan. Apa yang sudah terjadi?

 Zainudin pergi ke Beijing tetapi tidak berani pun untuk berdepan dengan keluarga waris penumpang pesawat hilang MH370....jadi apa kejadahnya jadi Pengerusi Jawantankuasa Waris Penumpang wahai Zainudin ?

 Kalau balik pun, tolonglah cerita sedikit mengenai misinya itu. Ini dok senyap-senyap. Akhbar Malaysia pun duk senyap....

Mujurlah ada yang tolong dedahkan apa yang telah berlaku di Beijing. Mereka di Beijing tu kata tak ada jumpa pun dengan pegawai dari Malaysia ... The Mole melaporkaan :

 SUBANG: Malaysia Airlines hari ini mengesahkan bahawa 10 kakitangannya telah dijadikan tebusan di dewan tarian Lido Hotel di Beijing oleh 200 ahli keluarga penumpang MH370.

 Keluarga waris itu tidak berpuas hati dalam mendapatkan maklumat pesawat yang hilang pada Khamis, 24 April di pukul 3 petang itu kerana hanya kakitangan Penerbangan Malaysia yang hadir pada sesi taklimat itu.

Dilaporkan 60 orang dari mereka telah pergi ke Kedutaan Malaysia dalam usaha untuk mendapatkan seorang pegawai kerajaan untuk menghadiri taklimat tersebut.(Kah! Kah! kah! Zainuddin... ko dah cabut Malaysia???)

Walau bagaimanapun, MAS menjelaskan bahawa kakitangannya telah dikeluarkan pada 1:44. Baca seterusnya di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...