GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Thursday, April 03, 2014

Haji Hadi memfailkan satu lagi permohonan untuk mengetepikan penghakiman RM2 juta; Shamsul hanya mahu permohonan maaf sahaja...

Mohd Shamsul hanya menuntut permohonan maaf daripada Presiden PAS atas kenyataan fitnah yang dibuat terhadapnya tahun lepas.

  Namun disebaliknya, Haji Hadi telah memfailkan satu lagi permohonan untuk mengetepikan penghakiman RM2 juta itu. Saifuddin berkata ini adalah hak Hadi untuk berbuat demikian.

 Tetapi kenapa PKR perlu mengambil tindakan disiplin keatas Mohd Shamsul? 

 Bukankah tindakan Shamsul menuntut kemaafan atau akan meneruskan tuntutan mahkamah  bagi membersihkan nama dan maruah dirinya terhadap Haji Hadi juga merupakan haknya? 

  Menerusi U-Tube berikut, Shamsul begitu sedih kerana dihina oleh masyarakat persekitarannya.Cer korang baca komen-komen pengunjung U-Tube berikut yang menghina dan mencerca Shamsul.

 Dan bukankah ini merupakan kes peribadi dan tidak melibatkan parti sebagaimana kenyataan sebelumnya di sini?

 Apakah susah sangat untuk menyatakan kemaafan? Aku hanya mampu berdoa agar Allah membukakan  pintu hati Haji Hadi supaya bertaubat dan memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukannya itu. 

Kalau Haji Hadi merasakan tidak melakukan kesalahan tersebut, maka teruskanlan proses perundangan melalui mahkamah tersebut. Kita lihat dan mendoakan keadilan dapat ditegakan :
Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri ..... (An Nisa' : 135)
 Baca kenyataan Saifuddin Nasution Ismail berikut :
KUALA LUMPUR, 2 April - PKR akan terus mencuba untuk meyakinkan ahli parti Mohd Shamsul Mat Amin untuk tidak meneruskan saman beliau RM2 juta fitnah terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Awang, dan bukannya memaksa ini melalui tindakan disiplin.

 Tuntutan bekas calon PKR itu kekal menjadi duri dalam hubungan antara kedua-dua sekutu Pakatan Rakyat (PR)  walaupun campur tangan de facto ketua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

  Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata beliau "terkejut" bila mengetahui mengenai keengganan bekas calon Bukit Besi PKR itu menggugurkan tuntutan mahkamah walaupun diarahkan berbuat demikian oleh kepimpinan parti.

 Tetapi walaupun pembangkangan terbuka, Saifuddin berkata parti itu akan terus dengan pendekatan yang lembut.

 "Tindakan tatatertib boleh diambil, mudah. Tetapi apa yang berlaku selepas itu? Mari kita cuba dan bercakap dengan dia lagi sebelum membuat keputusan.

 "Keutamaan di sini,  adalah kepentingan untuk mengekalkan hubungan yang baik dengan Pakatan Rakyat (PR) ," kata Saifuddin kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi semalam.

 Mohd Shamsul menuntut permohonan maaf daripada Presiden PAS atas kenyataan fitnah dibuat terhadapnya tahun lepas.

Saifuddin juga mendakwa bahawa tidak ada syarat-syarat untuk penarikan semula yang telah digariskan, disebaliknya pula, Hadi bukan meminta maaf tetapi telah memfailkan satu lagi permohonan untuk mengetepikan penghakiman RM2 juta.

 Saifuddin berkata ini adalah hak Hadi untuk berbuat demikian dan Shamsul tidak menggunakannya sebagai alasan.

 Mahkamah Tinggi kini telah dijadualkan 14 April untuk mendengar permohonan untuk mengetepikan perintah penghakiman keingkaran di saman fitnah RM2 juta.

 Pada 23 Februari, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengarahkan Hadi membayar RM2 juta sebagai ganti rugi kepada Mohd Shamsul untuk saman fitnah beliau difailkan pada 5 Disember tahun lepas.

 Mohd Shamsul memenangi penghakiman ingkar pada Disember tahun lepas, selepas Hadi gagal hadir di mahkamah untuk bertindak balas terhadap saman itu.

 Beliau telah menyaman Hadi berhubung kenyataan beliau bahawa terdapat seorang peniaga dadah di kalangan calon-calon pilihan raya umum PKR pada tahun lepas, yang telah digunakan alasan oleh Pas untuk menamakan calon-calon mereka sendiri di tempat yang diperuntukkan kepada PKR menyebabkan pertandingan tiga penjuru di Bukit Besi.

 Dalam pernyataan tuntutannya, Mohd Shamsul mendakwa bahawa ucapan Abdul Hadi di Kampung Tebakang Alor Limbat, Marang pada 22 April telah mencemarkan reputasinya sebagai calon dan ahli perniagaan.
Comments
21 Comments

21 comments :

Anonymous said...

say no to mr. hadi, say no to mr. stopa ali..

Anonymous said...

mungkin hadi berasa dia boleh mengetepikan saman ini sbb itu dia tak hadir dan enggan minta maaf.

kita lihat sikap lunak kerajaan umno bn terhdp Kelantan skrg ini. mrk nak bina lebuhraya, suruh Kelantan bentangkan hudud, dsb.

yg peliknya sikap ini tiada pd zmn pemerintah TGNA. TGNA selama 23 thn sbg mb Kelantan tidak pernah ke putrajaya. Ahmad tak sampai setahun dah pergi ke sana. Begitu juga TGNA tidak pernah diberi peluang berucap secara life oleh RTM. Ahmad berucap life di RTM semasa tilawah.

adakah ini menunjukkan bhw agenda ug masih berjalan?

Hanz Azdi said...

Salam bro ! pekabor?

Ate pemimpin besor kepale memang le ghoper tu. Tak reti nye die nak mintak maap nye der ! Baik dia buat dek aje..stay cool like he hasn't nowt wrong. Dia tuduh oghang, takpe? Cer oghang tuduh dia jual pil kuda, candu agama dia marah ke idak?

Kite semua tahu cerite ni start bile, tuduhan mase penamaan calon hingge mase kempen PRU hari tu.

Gentlemen le.. TGHH patutnya pegi le jumpe in person & apogise...susah mender nye? Ade jugak bodoh sombong alim ulamak ni, yek bro?

hohoho

andah said...

Dalam ucapan TGHA , adakah disebut nama Shamsul, Cikgu Bard,Dr. Nasir dan yg lainnya.Kalau tak ada, kenapa mesti anda terasa. Kecuali dah termakan cili.

Anonymous said...

Yang bersalah atau yg telah terlepas kata-kata jika bersalah wajar minta maaf.Memohon maaf atas kesalahan yg telah dilakukan tidak merendahkan mertabat seseorang itu.Memohon maaf lebih afdzal dari berserban besar dan berjubah labuh.

alhusseyn said...

Salam Andah, walaupun tidak sebut nama, Hj Hadi ada sebut calon PKR.Dan berlaku pertindihan calon ditempat-tempat tertentu.Maka sebab itu antara tuntutan mereka adalah mendesak Hj Hadi dedahkan siapakah calon PKR yg dia maksudkan itu.Sebagaimana yang telah saya katakan, kalau Hadi rasa tidak bersalah, biarlah mahkamah yang menentukannya kelak.

Walau apa pun, apa masalahnya kalau Hadi minta maaf? Tak bersalah? Bukankah kita telah ditarbiyah mak bapak supaya minta ampun maaf zahir batin setiap kali kita menyambut Hariraya?

Tak bolehkah disambut dengan sama bermaaf-maafan ketika nyambut Pilihanraya? Tidakkah memohon kemaafan itu amalan mulia walaupun tidak bersalah?

Mohonlah petunjuk dan hidayah dan jangan pula segan untuk bertaubat serta meminta maaf sesama makhluk walaupun kamu seorang ustaz atau seorang mufti atau seorang syeikh.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan takutlah terhadap Allah, supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat: 10)

Hj Hadi pernah menghasilkan at-Tibiyan mengupas surah Alhujurat.Pastinya dia lebih mengetahuinya.

Anonymous said...

ermm hussin ni pencacai pkr dlm PAS ITUJE.....DIA NI X RENTI2 CRI SALAH TGHH ...SEMUA DARI DULU HINGGA SKRG HAHAHHA...SAPA LAYAN ORG TUA GILA NI GILA DIA....

alhusseyn said...

Kalau Hj Hadi tak bersalah, seperti yg selalu saya katakan, teruskanlah proses mahkamah.Bukan aku ada untung apa dan aku bukan ada rugi apa pun. Orang macam kamu nilah yg terlalu taksub hingga tak tahu nak bezakan antara benar dan batil.

Anonymous said...

Sekiranya TGHA ada mengeluarkan kenyataan spt didakwa, bukannya satu Malaysia ambil pot. Ia menjadi hot apabila Shamsul membawa isu ini ke mahkamah. Apakah dakwaan itu boleh menyebabkan Shamsul kerugian 2juta? Agak2 lah untuk mempertahankan hak sekalipun, kecuali bagi mata duitan. Apakah jika bapa kandungnya sendiri ada buat salah padanya, kemudian paksa bapanya itu supaya minta maaf? Dimanakah adab anda mempertahankan hak? Jika Shamsul menang kes ini, apakah yg hendak dibanggakannya? Hanya 2 juta itulah matlamat sebenar bukan yg lain, maruah sendiri tetap tercemar juga mungkin berlebihan lagi. Kali ini adalah kerana tindakan sendiri pula, fikirkan dgn waras dan bijak. Bagi TGHA (yg bukannya maksum spt kita juga) hanya perlu tidak mengulangi dan elakkan drp melakukan kesilapan dimasa hadapan.

alhusseyn said...

Kpd Anonymous Friday 2:11 am, saya setuju dgn anda bahawa "TGHA (yg bukannya maksum spt kita juga) hanya perlu tidak mengulangi dan elakkan drp melakukan kesilapan dimasa hadapan."

Soalan anda "Apakah dakwaan itu boleh menyebabkan Shamsul kerugian 2juta?" Seolah-olah harga diri seseorang itu boleh dijual beli dgn begitu mudah?Bukan semua orang boleh dibeli dengan begitu mudah sebagaimana pelacur.

Sepatutnya kita tanyakan kpd TGHA adakah beliau kerugian apa-apa kalau dia tarik semula
kata-katanya itu? Hadi akan kelihatan lebih mulia dan berwibawa sekiranya dia mengaku kesilapannya itu.Anda sendiri pun akui TGHA itu macam kita juga- bukan manusia maksum.

Mudah untuk menuduh Shamsul sebagai mata duitan.Begitu juga kalau kita nak katakan kpd TGHA - dia sombong dan bongkak kerana tidak mahu minta maaf setelah menimbulkan fitnah keatas diri Shamsul ...sehinggakan dia dicerca dan dituduh macam-macam seperti mana yg anda tuduh dia sebagai mata duitan.

Kita bukan mahu saling tuduh menuduh begitu kerana ianya tidak akan menyelesaikan masalah.Cuma yang saya namapak dan mudah, TGHA dgn rendah diri, mintalah maaf dan saya yakin semuanya akan selesai, insya' Allah.



Anonymous said...

Setelah membaca dan memahami ulasan dan pandangan admin, kelihatannya admin hanya bersetuju untuk memberi kemaafan HANYA setelah diminta. Dlm erti kata lain jika tiada permohonan maaf, maka janganlah dimaafkan, begitukah? Seseorang itu akan dikatakan berjiwa besar jika memiliki sifat mudah memaafkan, sama ada dipinta ataupun tidak. Bukan beniat untuk membela TGHA, sama ada TGHA memohon maaf atau membayar 2 juta itu, apakah imej Shamsul telah berjaya dibersihkan? Besar kemungkinannya akan lebih tercemar lagi, hasil tindakan sendiri pula. Sedarlah, dgn meletakkan tekanan terhadap TGHA, juga menunjukkan sifat sombong dan bongkak Shamsul sendiri sama spt menuduh TGHA itu. Mengata dulang paku serpih, mengata orang entah2 diri sendiri itu yg lebih.

alhusseyn said...

Anon 4:03. Maaf, bukan saya yang punya kuasa utk memaafkannya.Itulah apa yg dikehendaki oleh tuan punya diri.Jgn salahkan Shamsul, dia punya hak utk berbuat demikian,Begitu juga Hj Hadi punya hak berbuat apa yg dia fikirkan.Kalau sudah begitu masng-masing mahunya, serahkan kes itu kpd mahkamah utk menentukannya.Perlu kita sama-sama ingati bahawa Allah yg Maha pengampun lagi Maha penyayang itu pun tidak akan mengampunkan dosa hambanya kalau tidak diminta.Sbab itu Rasulullah sendiri walaupun ada jaminan syurga dan hamba yg maksum lagi merupakan kekasih Allah, masi juga meminta ampun kepada Allah paling tidak 100 kali setiap hari.Renungkanlah ...

Anonymous said...

Terima kasih kerana respon. Sebaik-baiknya kekeruhan yg mula terbit itu, tidak perlu ditambahkeruhkan lagi sebagai usaha untuk menjernihkan keadaan. Ibarat menarik rambut dlm tepung .... Itu adalah pandangan ikhlas tanpa memihak kpd sesiapa pun antara mereka itu, kerana ianya dilihat menerusi bidalan menang jadi arang dan kalah jadi abu. Tidak mendatangkan sebarang manfaat dari sudut moral, malah hanya kerugian shj dlm keadaan berbeza kpd kedua-duanya. Paling tidak pun TGHA tidak berterusan dgn fitnah itu (Nota: Saya tidak pasti sama ada benarkah TGHA ada buat fitnah tersebut), berbanding dgn Mahathir dll itu yg tetap menjaja fitnah berpanjangan tanpa nokhtah terhadap DSAI. Maaf jika ada isu2 yg menyebabkan admin tersinggung dlm menyampaikan maksud persoalan ini.

alhusseyn said...


Anon 4.41 kata : Sebaik-baiknya kekeruhan yg mula terbit itu, tidak perlu ditambahkeruhkan lagi sebagai usaha untuk menjernihkan keadaan.

Saya setuju stetmen itu. Tapi ikut beritanya, Hj Hadi telah memfailkan utk mengetepikan penghakiman RM2juta. Kenapa tidak minta maaf sahaja?

Persoalan dan andaian bahawa adakah Shamsul juga memiliki hak seperti mana hak Allah dlm memberi pengampunan ini? Ia kelihatan seolah2 Shamsul spt menyamai Allah pula dlm hak memberi ampun. Apakah Shamsul berdosa kalau dia tidak mau maafkan orang yg tidak mau minta ampun darinya?

Saya katakan sebelum ini bahawa "Perlu kita sama-sama ingati bahawa Allah yg Maha pengampun lagi Maha penyayang itu pun tidak akan mengampunkan dosa hambanya kalau tidak diminta." bermakna, sedangkan Yang Maha Pengampun itu pun perlu permohonan maaf, apa lagi kita sesama manusia yg kerdil dan punya kelemahan. Jgn diputar belitkan dgn mengatakan bahawa Shamsul mahu menyerupai Allah pula dalam hal tersebut.

Shamsul enggak mahu maafkan, Hadi enggak mahu minta maaf - masing-masing saling ada alasan, maka teruskan saja ke sidang mahkamah sebagai jalan penyelesaiannya.Apa lagi kita mahu komentarkan?

Maka kalau Hadi berjaya, maka Hadi boleh suruh Asuni saman malu pula keatas Shamsul.Tapi kalau Hadi kalau kalah? Lu fikir-fikirlah sendiri.

Anonymous said...

Pokoknya nama Shamsul tidak juga akan jadi bersih spt dihajatkan walaupun TGHA kalah, tetapi dapatlah 2 juta untuk menanggung keluarga, melancong hatta mengerjakan haji serta mungkin juga untuk membelanja anda. Itu shj.
Berkenaan menyerupai Allah SWT itu kenyataan yg dibuat adalah seperti meniru hak pengampunan Allah dan tidak pula meniru amalan Nabi Muhammad saw yg sedia mengampunkan umat. Sila kaji lebih mendalam dgn teliti untuk memperbandingkan tentang hak dimaksudkan. Saya amat pasti bahawa saya tidak silap dan keliru dlm hal ini. Tidak pernah Allah SWT memerintahkan manusia beriman supaya meniruNya, jika ada sila minta kemukakan dalil. Hanya Nabi Muhammad saw shj yg boleh ditiru amalannya untuk dijadikan ikutan. Tiada unsur putarbelit di sini, kecualilah anda yg nampaknya seolah2 beria-ia memutarbelitkan keadaan untuk mengelirukan tetapi sebenarnya anda sendirilah yg keliru.

alhusseyn said...

Nama Shamsul tidak juga akan jadi bersih spt dihajatkan walaupun TGHA kalah ...sama juga, nama Hadi juga sudah tercemar walaupun dia menang.Apa yang pasti Allah suruh kita minta maaf kalau bersalah.Apa masalahnya minta maaf? Tak payahlah nak dibincangkan lagi, soalnya kalau dah masing-masing punya alasan dgn pendirian masng-masing, mahkamahlah putuskan.Aku bukan hakim utk menentukannya siapa yg salah dlm soal ini.Nak tanya dalil itu ini apa halnya? Carilah sendiri atau tanyakan kpd org yg berilmu.Berkenaan menyerupai Allah SWT itu kenyataan yg dibuat adalah seperti meniru hak pengampunan Allah ....Berdosa dgn Allah, maka kita minta ampun kepadaNya; berdosa sama manusia, kita kena minta ampun dgn manusia itu sendiri.Itulah syariat agama Islam yg Nabi ajarkan.Apa lagi dalil??

Anonymous said...

Kalau tiada dalil cakap saja tiada dalil itu, bukankah senang? Saya sudah bertanyakan banyak pihak berintergriti, memang tiada dalilnya. Janganlah menepis untuk memberikan dalil dgn menyuruh saya pula mencarinya, sedangkan anda sendiri pun tidak mempunyai dalil sandaran, sebab hakikatnya memang tiada dalil pun.

Quote dari komen anda: 'Apa masalahnya minta maaf?' Ajaran mana pula memaksakan orang lain supaya minta maaf dgn ugutan saman jika tidak minta maaf? Adakah termaktub dlm alQuran atau alHadis?

Anonymous said...

Perangai bodo sombong pengikut pas mcm ni la yg wat org da xcaya kat pas.kata amno berbagai,kena btg idung sendiri kuar segala hujah n alasan.ssh sngt ke nk mtk maaf?ckp2 la sokong mcm macai

Anonymous said...

Anon 7.4.14
Siapa yg bodoh dan siapa yg sombong. Kalau ikut bahasa digunakan macam tuduh diri sendiri gayanya. Tambah dulu ilmu agama awak baru tahu duduk perkara, jangan tunjuk jahil pula.

Anonymous said...

Pandai agama pon xguna gak.guna agama utk menghalalkan perbuatan sifakeh dlm pas.

Anonymous said...

Kalau jahil atau kurang ilmu agama pula janganlah cuba nak tunjuk ajar orang tentang hukum agama.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...