JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, April 06, 2014

Keajaiban memang boleh berlaku - Maka benarlah ramalan Raja Bomoh Malaysia

Pesawat MH370 telah dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu. Lagi dua hari lagi, maka akan genaplah 30 hari MH370 itu telah hilang.

 Kotak Hitam, alat yang merakamkan data penerbangan yang kini menjadi tumpuan pencarian, hayat baterinya cuma berbaki dua hari sahaja lagi. Jika Kotak Hitam itu tidak dijumpai, maka misteri kehilangan pesawat MH370 bersama 239 penumpang itu tidak akan dapat terungkai.

 Penumpuan carian adalah di Selatan Lautan Hindi ….

Peta kawasan pencarian dimana MH370 dipercayai telah terhempas
 Salah satu peralatan teknologi canggih yang digunakan ialah Bluefin Robotics autonomous underwater vehicle (AUV)- Robot Kenderaan Dalam Air yang mampu beroperasi di dasar laut sedalam 2.8 batu paras laut.



Kapal selam Nuklear UK, HMS Tireless (gambar atas) mencari kotak hitam MH370 di selatan Lautan Hindi.

Lain-lain aset yang digunakan dalam operasi pencarian itu ialah :

Dua kapal yang dipasang peralatan sonar untuk mengesan Kotak Hitam.Kapal peronda/penyelamat China (gambar bawah) juga turut dalam pencarian dan khabarnya telah dapat mengesan ping dari kotak hitam tersebut......

  Semua operasi pencarian jelas  tertumpu hanya ke dalam laut. Tidak ada yang mensasarkan di atas awang-awangan sebagaimana Hishamuddin cuba tafsirkan dengan kenyataannya:
Saya merayu kepada orang ramai, apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, tidak bermakna ianya terhempas," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.  Artikel Penuh: © Utusan Meloya
Bagaimana harus ditafsirkan dengan kenyataan diatas itu? Waima operasi pencarian tertumpu ke dalam lautan. Guna kapal selam Nuklear, Guna Kapal pengesan Sonar, guna Robot AUV ....Kenyataan itu sendiri adalah termasuk perkara yang ajaib seperti apa yang dia katakan.

"Keajaiban boleh berlaku" - itulah katanya sebagai memberikan harapan.Sebuah harapan yang palsu.

 Kita semua memang sangat bersetuju untuk turut mengatan telah banyak perkara keajaiban yang telah pun belaku' sejak kehilangan MH370 itu.

Antara keajaiban yang sangat kita semua kagumi ialah : Kargo MH370 ialah manggis 4 ton dan bateri lithium ion untuk dibawa ke Bei Jing.

Ada yang kata, "Benda tak logik dan benda mengarut... Tambah lagi dengan kargo manggis sebanyak 4 tan yang mana sekarang nih belum pun musim manggis... Dan jugak bateri lithium ion yang 200 kg yang nak diekspot ke China... Hahaha

Tapi apa yang saya nak ulas sikit disini ialah keajaiban terkini yang Auw-Auw umumkan :

"“Saya merayu kepada orang ramai, apabila Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, tidak bermakna ianya terhempas,"

Kenyataan ini hanya timbul setelah Syarikat Immarsat secara tiba-tiba menafikan  ada membuat konklusi bahawa MH370 terhempas di Lautan Hindi.Menggalabahlah Najib jadinya kerana dia buat konklusi itu atas data yang berikan oleh Immarsat! 

Bukankah Najib pada keesokan paginya selepas pengumumannya itu, sewaktu membentangkan usul khas di Dewan Rakyat , dia telah menzahirkan rasa sedih, dukacita dan pilu terhadap tragedi malang yang menimpa pesawat berkenaan, telah menarik perhatian, selain solat jenazah ghaib, kerajaan menerima pelbagai cadangan berkaitan penumpang dan anak-anak kapal pesawat itu antaranya untuk berkabung dengan mengibarkan bendera separuh tiang. Baca Di sini

 Pagi itu pula sudah ada akhbar arus perdana dengan tajuk muka depannya terpampang - MH370 Terhempas di Lautan Hindi...siap bercetak 'all black' tanda berkabung!  Fatwa mati syahid mula dikeluarkan, malah ada yang mencadangkan untuk buat sembahyang ghaib .....



Bukankah ajaib? Selang beberapa malam tak dapat tidur kerana sibuk mengira kambing biri-biri melompat....tiba-tiba terpancullah suara sumbang yang katanya:



 Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengumumkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi, tidak bermakna ianya terhempas ....

 Maka amat benarlah apabila Ketua-Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman hari ini menafikan laporan yang menyatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 membuat bulatan semasa berpatah balik.Korang bacalah di sini.Rupa-rupanya Najib yang buat bulatan U-turn itu! Kah! Kah! Kah!

Ketua Agensi Ko-ordinasi Operasi Australia, Ketua Marshal Udara (bersara) Angus Houston memberitahu wartawan, "Jika kami tidak menemui apa-apa dalam masa 6 minggu, kami akan teruskan pencarian sebab ada banyak benda dalam pesawat itu yang akan timbul dipermukaan air”

 Manggis akan timbul….Lautan Hindi akan dipenuhi buah manggis…Ada 4 ton manggis dalam pesawat itu….Kah! Kah! Kah! 

 Ikan paus tak makan manggis….Ikan yu pun tak makan manggis....Ikan dolphine pun tak makan manggis! Kalau manggis tak timbul juga , korang kena tanya Ikan Buntal.... Auw! Auw! 

Siapa-siapa yang nak makan manggis di luar musim manggis macam ni, pergilah ke tep pantai….tunggulah dimana-mana pantai pun! Kah! Kah! Kah! Auw! Auw!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...