GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, April 02, 2014

MH370 - Orang ramai semakin meluat dan muak dengan penjelasan dolak dalik

 Penjelasan demi penjelasan mengenai tragedi MH370 dibuat, namun tiada satu penjelasan pun yang dapat diyakini kebenarananya. Hinggakan menteri auw-auw sendiri terpaksa merayu supaya orangramai mempercayainya.

 Keadaan semakin berkecamuk.Perkara yang remeh temeh pun perlu mengambil masa yang begitu lama baru nak didedahkan kepada umum.

 Umpamanya, pasal nak menentukan siapakah yang membuat perbualan atau kata-kata akhir dengan pengawal trafik udara – Jurutebang? ko-pilot? atau ada pihak ke-3? 

 Selepas ditentukan bahawa kapten Zahari adalah orangnya , maka timbul pula mengenai nak menentukan kata-kata terakhir itu pula….

 “Good night Malaysian three seven zero” atau “All right, good night” sebagaimana asalnya dilaporkan.

 Hanya selepas 25 hari, barulah pihak berkuasa Malaysia akhirnya mengeluarkan transkrip komunikasi terakhir pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pengawal trafik udara.

 Last-last menteri Auw-Auw pula umumkan: 

“ Tiada apa yang luar biasa daripada transkrip itu.” Kah!Kah! Kah!

"Transkrip itu sebelumnya tidak didedahkan kerana menjadi sebahagian daripada siasatan polis,” katanya di sini.  

 Nak siasat pasal benda itu pun polis terpaksa mengambil masa sehingga 25 hari? Patutlah isu seperi kematian Teoh Beng Hock dan Ahmad Sarbani Mohamed dan lain-lain sampai kini tiada kesudahan...

 Macamana rakyat nak beri kepercayaan? Lebih banyak laporan yang dibuat hanya untuk dinafikan kemudiannya. Ramai merasakan tidak rasa puas hati ke atas tindakan kerajaan dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370. 

 Ironisnya, apabila syarikat satelit Inmarsat milik Britain itu menafikan membuat konklusi MH370 terhempas di Lautan Hindi, selang dua hari kemudiannya, menteri Auw-Auw cepat-cepat keluarkan stetmen :
 Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pengumuman pada 24 Mac lalu langsung tidak menyebut bahawa penerbangan itu "terhempas" atau "tiada yang terselamat".

 “Dakwaan itu sangat tidak betul,” katanya yang menjelaskan, perdana menteri hanya mengumumkan bahawa penerbangan tersebut berakhir di tengah Lautan Hindi, berdasarkan analisis ke atas data yang diperolehi." Sila baca di sini
 Bukankah itu berkecamuk namanya? Hinggakan ramai yang mempersendakan kenyataan tersebut dengan membuat spekulasi, MH370 tidak terhempas, hanya tergantung di awang-awangan sahaja….Kah! Kah! Kah!

 Mungkin Raja Bomoh Malaysia akan digunakan khidmatnya untuk memberi pengesahan adanya kerajaan Bunian diatas permukaan Lautan Hindi itu…..Ini semua semata-mata usaha untuk memulihkan imej PM Najib yang sebelum ini telah jelas menggambarkan bahawa harapan penemuan penumpang yang selamat amat tipis sekali dengan katanya :
  Bukankah sejurus selepas pengumuman tersebut dibuat oleh PM Najib, kebanyakan kaum keluarga khasnya warganegara China menjadi trauma, menangis teresak-esak kerana tidak dapat percaya diatas kehilangan anggota keluarga tersayang buat selama-lamanya. Klik di sini 

 Kenapa PM Najib tidak menafikan konklusi yang dibuatnya itu tetapi hanya cuba menafikannya melalui mulut sepupunya sahaja setelah Imarsat menafikan membuat konklusi sedemikian rupa? 

PM Najib tidak berani berdepan dengan wartawan untuk menjelaskannya, tetapi suruh sepupunya membersihkan calitan najis dimukanya itu. Akibatnya, Rakyat semakin meluat dan tidak berpuas hati ke atas kepemimpinan PM Najib .
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

satu dunia kena tipu agaknya? mula2 dilaut cina selatan. dah seminggu disana baru ler tau pesawat air turn back. pastu cari di laut Andaman. dah berhari2 disana, ada info pesawat ke selatan. yg peliknya mampu ke pesawat terbang sampai kesana dgn minyak yg ada?


pesawat air france yg jatuh dilaut atlantik hanya mengambil masa 5 hari utk dijumpai serpihannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...