GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, April 30, 2014

Nik Amar : Syukur kerajaan Pusat tidak tolak Hudud.....

ARKIB : 26/04/2014 MACHANG 
25 April - Kerajaan Pas Kelantan menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

 Sambil bersyukur dengan kenyataan itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perkembangan tersebut amat positif dan diharap akan dapat memberikan laluan yang lebih mudah kepada Pas untuk melaksanakan hukum hudud di negeri ini.

 "Pas harap kenyataan Perdana Menteri itu akan memudahkan kita apabila membentangkan usul rang undang-undang persendirian pada sidang Dewan Rakyat nanti.

 "Kita juga berharap dengan kenyataan Perdana Menteri ini sebagai suatu jaminan bahawa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) terutamanya UMNO akan menyokong Pas apabila usul rang undang-undang itu dibentangkan nanti," katanya. Artikel Penuh: UTUSAN MELOYA

Kah! Kah! Kah!  Amat benarlah kerajaan Pusat tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT.

Bahawa Umno tidak pernah tolak Hudud Allah.Yang depa tolak ialah Hudud PAS! Ini bukan cerita baru, cerita lama sejak zaman Tunku Abdul Rahman lagi! Tapi apasal baru sekarang PAS nak ucapkan syukur? Nik Amar ni hanya banya baca kepala berita Utusan Meloya dan tidak baca kandungan dan isi yang tersirat?


Kalau baca kepala berita Utusan Meloya tu memanglah baguih sangat! Tapi takkanlah Nik Amar tu bengap tahap bangang sangat tidak baca keseluruhannya?


Aku malaslah nak ulas mengenai syarat-syarat yang Najib perkatakan iaitu mengenai keperluan  Imam Mujtahid untuk membuat ijtihadbaharu .....alahai.... Aku nak tanya Nik Amar dan kalangan UG yang ghairah sangat dengan Hudud ni,  Apa bezanya dengan kenyataan Najib sekarang ni dengan kenyataannya yang lalu? Lihat berikut :


Aku nak tanya Nik Amar satu lagi, ente hanya baca Utusan Meloyakah? Nik Amar buat kenyataan pada keesokan harinya selepas baca Urtusan Meloya bertarikh 24 April...Tak sempat baca akhbar Inggeris The Star?

 PM on Hudud: Not now we're not ready



PM mengenai Hudud: Bukan sekarang kita tidak bersedia The Star 25 Apr 06:54 Kerajaan Persekutuan tidak akan melaksanakan hudud sekarang kerana orang Islam dan bukan Islam tidak mempunyai kefahaman yang penuh dengannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sambil menambah bahawa kerajaan tidak pernah menolak hudud. Kumpulan bukan Islam menentang hudud dan juga kumpulan-kumpulan Islam berbelah bahagi mengenai subjek ini. Baca beritanya di sini
Comments
8 Comments

8 comments :

bat8 said...

Tuan

Itulah Nik Amar. Kita akui ilmu yang ada pada Nik Amar tetapi ilmu politiknya hampir kering untuk duduk dibarisan kepimpinan hadapan. Kepimpinan politiknya hanya kelas ranting atau cabang atau bahagian je.

Satu ciri persepsi pemimpin PAS yang berkelulusan ugama - mereka merasakan dengan kelulusan ugama mereka memileki kelebihan dalam bidang-bidang lain berbanding dengan mereka yang ahli.

Hakikat hari ini,kebanyakan manusia hari ini memileki kebolehan didalam bidang kita dilatih sahaja. Jarang manusia yang memileki kebolehan pelbagai bidang sepertii ulamak silam. Ini yang kebanyakan puak2 ini tak faham. Kebanyakan mereka merasakan dengan memil3ki pengetahuan ugama, mereka menjadi golongan istimewa, secara otomatiknya mereka akan mahir s3mua bidang2 yang lain.

sedangkan bakat seperti kepimpinan , k3bijaksanaan dsbnya adalah bakat tambahan yang dianugerahkan kepada individu2 tertentu sahaja selain kebolehan asas dimana dia dilatih.

Kalau kita faham perkara asas ini maka kita faham akan tindakan Nik Amar dan sesetengah p3mimpin PAS yang sealirannya. Puak2 ini sangat lemah memahami realiti didepan mata. Sebab itu dalam tindakan mereka, Islam itu tidak nampak cantik dimata umum.

Orang yang dianugerah kelebihan2 lain selain dari kefahaman ilmu ugama ialah TGNA. Bila menghadapi cabaran realiti, kita nampak keindahan Islam dari tindakan beliau.

Bayangkan dengan TG Haji Hadi. Tampak jauh bezanya.

Anonymous said...

Hehehe satgi kalau aku kata nik amar mabuk ketum, depa kata aku tak wala' pulak!

Hehe lantak laa. Tapi bunyi mcm mmg org yg mabuk ketum.

Anonymous said...

Memang mabuk ketum pun puak2 ni..

Anonymous said...

oetlgen EpworthBersyukur
bersyukur
bersyukur

KERAJAAN PUSAT TAK TOLAK HUDUD

kerajaan pusat terus 4 nomborEKOR
kerajaan pusat sokong judi GENTING
kerajaan pusat prtahan lumba KUDA
kerajaan pusat teruskan TOL2
kerajaan pusat kekalkan PTPTN
kerajaan pusat sokong GST
kerajaan pusat naik HARGA letrik
kerajaan naik harga MINYAK dll
kerajaan terus RASUAH n boros
kerajaan terus TIPU sandiwara
kerajaan terus melucah mmFITNAH
kerajaan terus HUTANG jd TRILION
kerajaan terus kejam ZALIMI rkyat

SYUKOR
fakeh ug brsyukur
macai2 ug wajib brsyukur..krn,
KERAJAAN PUSAT TAK TOLAK HUDUD!??

Adakah begitu falsafah suci ROH hudud yg dibawa oleh Rasulullah saw?????????

[O] X said...

nicky khamar.... oooo....

Anonymous said...

Adakalanya kita perlu berpura pura untuk memerangkap lawan. Sekadar bijak dan ahli dalam bidang politik tidak akan kamana sekiranya kesungguhan utk menegakkan hukum Allah bukan agenda utama...teruskan nik amar

Anonymous said...

Kita sama2 bdoa agar hukum Allah ini dlaksanakan...kita doa juga agar semua pemimpin menyokongnya...tak kira dr mana kumpulan politik..smoga Allah bagi petunjuk dan hidayah...jgn kt menuding jari kemana2 pihak...nk menegak hukum Allah biar iklas dtg dr hati yg suci...buang yg keruh ambil yg jernih

Anonymous said...

Jgn kita asyik menyalah org lain utk melaksanakan hukum Allah ini...perjuangan mestilah dr hati dan jiwa yg iklas...semoga kt sama2 berdoa agar semua pemimpin mdapat ptunjuk dr Allah...ini lah yg d kata kan jihad melawan nafsu...smoga hukum Allah ini tlaksana d bumi Malaysia...insyaAllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...