GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, April 30, 2014

PAS : Bentang hudud atau kekal dalam pakatan

KUALA LUMPUR 28 April - Pas perlu membuktikan parti itu ikhlas memperjuangkan hudud dengan meneruskan hasrat untuk membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan walaupun mungkin terpaksa meninggalkan pakatan pembangkang.

 Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali berkata, sekiranya Pas menarik balik hasratnya itu kerana mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang, maka, ia membenarkan tanggapan bahawa parti itu hanya menggunakan hukum hudud sebagai sandiwara politik untuk meraih sokongan umat Islam.

 "Pas perlu buktikan yang parti itu lebih mementingkan hukum Islam atau terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

 "Jika Pas masih mahu terus kekal dalam pakatan dan tidak teruskan pembentangan hukum hudud di Parlimen, bermakna parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu hanya menggunakan hukum hudud sebagai sandiwara politik selama ini," katanya dalam satu ke­nyataan di sini hari ini.

 Menurut Syed Hassan, seluruh umat Islam di Malaysia kini memerhati dan menanti sama ada Pas mempunyai keberanian untuk membentangkan rang undang-undang persendirian itu yang menjadi perjuangan parti itu selama ini atau tunduk dengan tekanan daripada sekutunya dalam pakatan pembangkang.

 "Kita tunggu dan lihat sama ada Pas berani atau tidak membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen. Semoga Allah SWT kuatkan iman pemimpin-pemimpin Pas," katanya di sini
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Bentangkan Hudud dan kekal dalam pakatan. Perkasam apa hal???

Anonymous said...

Perkasa ini hendak tengok Pakatan pecah itulah antara agenda Perkasa. Banyak praktis pertubuhan ini bertentangan dengan Islam. Masakan dia suka sangat dengan Hudud. Lagi pun YDP Perkasa rapat dengan Tun Mahadir. Boleh kawan pula? Mesti ada agenda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...