GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Monday, April 21, 2014

TIDAK CUKUP SOKONGAN UNTUK HUDUD

Bagi membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan di Kelantan, PAS memerlukan sokongan dua pertiga di Dewan Rakyat, iaitu dari sekurang-kurangnya 148 daripada jumlah 222 ahli Parlimen.

 Bagaimanapun, ia memerlukan hanya 75 ahli Parlimen menentang rang undang-undang itu untuk menghalang impian PAS melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.

  "Jika pun semua ahli Parlimen beragama Islam menyokong rang undang-undang itu, PAS masih tidak mempunyai sokongan dua pertiga untuk ia diluluskan. PAS tahu keadaan ini sebab itulah saya katakan ia hanya satu langkah politik," kata Chin.

  Sesetengah pemimpin PAS bersetuju dengan pandangan Chin iaitu jika pun rang undang-undang itu diluluskan, Hukum Hudud masih tidak boleh dilaksanakan tanpa kewujudan sistem Syariah yang menyeluruh. Baca lagi di sini 

 Ini semua adalah tipu-helah Umno, parti yang selama ini hanya memperlekehkan hudud dan kini berpura-pura menyokong hudud.Hakikatnya, sekiranya UMNO/BN benar-benar serius, mereka boleh bawa usul perlaksanaan enakmen hudud untuk negeri Kelantan sendiri dan tidak perlu minta PAS. 

  Tembelang Umno begitu jelas apabila Terengganu yang sekarang di bawah UMNO/BN telah menolak usul perlaksanaan hudud oleh Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini. Apa alasan Umno? 

 Tetapi mengapakah ada kalangan PAS yang masih tidak mahu menyedari permainan Umno dalam isu ini? 

 Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menulis pasal sekilas ikan : 

Untuk pengetahuan semua, jumlah Ahli Parlimen UMNO adalah 88 sahaja termasuk yang dari Sabah. Dengan sokongan mereka dan 21 ahli Parlimen PAS, jumlah yang diperlukan tidak kecapaian. Hanya 109 sedangkan yang diperlukan adalah 112. Kalau tidak disokong Ahli Parlimen Islam PKR atau PBB (Sarawak), maka usul itu akan gagal. Dalam keadaan itu UMNO akan mendabik dada mengatakan bahawa mereka sokong usul hudud dan yang gagalkannya adalah PKR bukan mereka! Dan dengan itu akan dianjurkan supaya PAS duduk bersama UMNO yang ‘memperjuangkan’ hudud (dari belakang di mana PAS perlu bawa usulnya) dan tinggalkan PR.

  Maka akhirnya hudud dan perundangan Islam tetap tidak terlaksana kerana tidak cukup penyokong DAN pada masa yang sama, PAS keluar dari PR. PAS keluar kerana marah PKR tidak menyokong usul berkenaan. Inilah perancangan yang sedang diusahakan UMNO/BN megikut bacaan saya. Baca seterusnya di sini
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Lebih baik mencuba dari hanya bercakap sahaja. Kita usaha, Allah yang menentukan. Mana tahu sekarang mulut MP bukan Islam mengata tidak, namun Allah yang mampu membolak-balikan hati manusia mungkin menyebabkan mereka menyokong undang-undang tersebut.

Jika gagal, kita boleh menilai kenapa gagal, dan mengambil langkah yang sesuai. Kita boleh mengusulkannya setiap mesyuarat Parlimen sehingga berjaya.

LKTP1436 said...

Sy setuju dng pendapat tuan, Pas kini berdepan dng situasi, yg di kejar x dpt, yg di kendung keciciran, tanpa menjadikan hudud sebagai modal tawar menawar bagi menarik undi org2 islam, kita di PRU ke 14 munkin dpt menawan Putrajaya.

Melalui jln tersebut kita akn boleh buat byk perubahan, sekurang2nya kita boleh mencontohi indonesia dari kebebasan demokrasi, pembasmian rasuah dll.

Dng BN terus memonopoli pemerintahan hasil dari tdk cerdiknya Pas, kita rakyat jelata yg menerima padahnya.

Anonymous said...

7Ddlm umporno yg khianat fitnah dan lucah tup-tup sokong hudud semata2 utk tipu rakyat

Ddlm PAS sifakeh ug pula, sgt deras konon2 sgt brsemangat dgn hudud w.pun SANDIWARA fitnah khianat komunis dan pil kuda adalah WAJIB di'hudud' terlebih dahulu yg tlh sgt2 mngecewakan ummat/rkyat!

kedua dua puak ini umporno dan si fakeh ug hanyalah mahu menipu dan meNGELIRUkan dan mrk tiada NIAT utk bnar2 menolong bantu melega dan membebaskan rkyat!

Apalah MAKNA hudud yg didukong dan disokong oleh golongan SETAN2 yg dah pon dikenali dgn puak2 ug yg pernah bersembunyi2 dgn siSETAN2 ini, melainkan tipu & KELIRU!

Alhusseyn Alhusseyn said...

Rakyat akan boleh nampak nanti anggota parlimen Umno mana yang akan menyokong Enakmen Hudud apabila tiba masanya.

Rakyat pasti mahu tengok apa alasan Najib nanti bila tidak hadir ketika usul tersebut dibawa ke parlimen...

Aku pun tak tahu nak gelakan Najib atau nak gelakan Hj Hadi....

Anonymous said...

Teringat pada ucapan Almarhum Ust Fadzil Nor. - dasar dan perjuangan Pas adalah Islam. Sesiapa hendak berKawan dengan perlu terima Dasar Pas. Sekarang tunggu dan lihat siapa kawan, siapa lawan dan siapa lawan dalam selimut.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Apakah Almarhum Ust Fadhil akan sebodoh ini untuk termakan hasutan dari Umno yang selama ini terbukti tidak pernah mahu kepada Islam yg syumul.Kenapa mesti Kelantan ? Tetapi tidak dinegeri-negeri dibawah Umno seperti Johor atau Trengganu? Pernah seorang Adun di Johor mencadangkannya tetapi dia telah dianggap sebagai seorang yg gila.Dun Trengganu baru sahaja menolaknya setelah PAS Trengganu mengusulkannya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...