GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Sunday, May 04, 2014

Ahli Parlimen PAS setuju hudud ditangguh ...

Hanipa Maidin bersetuju hudud tidak perlu dijadikan keutamaan, 
namun berkata beliau perlu mempertahankan agenda parti.
Walaupun PAS menyatakan dengan jelas niatnya melaksanakan hudud di Kelantan, terdapat kumpulan dalam parti itu yang menentangnya, kata seorang ahli panel dalam satu forum mengenai hukum Islam itu, malam tadi.

 Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin mengakui bahawa pelaksanaan hukum hudud perlu ditangguhkan‎ sehingga rakyat Malaysia benar-benar bersedia menerima undang-undang Islam tersebut.

 Bagaimanapun, menurut Hanipa, ia merupakan pendapat peribadinya dan tidak mewakili pendirian PAS yang mahu pelaksanaan undang-undang Islam itu disegerakan.

 "Pandapat saya, hudud bukan merupakan keutamaan. Bagaimanapun sebagai pemimpin saya kena mempertahankan agenda politik parti," katanya pada satu forum "hudud@Malaysia?" bertempat di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur (KLSCAH) di Kuala Lumpur.

 Ahli Parlimen Sepang itu menegaskan pelaksanaan hukum hudud di negeri Kelantan merupakan kemahuan rakyat di negeri itu sendiri yang memberi mandat kepada PAS untuk merealisasikan undang-undang Islam tersebut.

 "Hudud inilah yang dimahukan rakyat Kelantan, mereka memberi mandat kepada PAS jadi kerajaan negeri dengan menggunakan demokrasi," katanya.

 Hanipa turut menangkis kritikan ‎ daripada Pengarah Eksekutif Islamic Renaissance Front (IRF) Dr Ahmad Farouk Musa, yang mendakwa pelaksanaan hudud di Kelantan bertujuan mendiamkan suara masyarakat Islam dan bukan Islam.

 Hanipa yang merupakan seorang peguam, berkata PAS tidak pernah membuat keputusan melaksanakan hudud bagi mendiamkan pendapat rakyat, bahkan parti Islam itu terbuka dalam menerima kritikan daripada rakan Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

Dewan Perhimpunan Cina Selangor dipenuhi hadirin pelbagai 
lapisan masyarakat untuk forum 'hudud@Malaysia?', malam semalam.
Dewan Perhimpunan Cina Selangor dipenuhi hadirin pelbagai lapisan masyarakat untuk forum 'hudud@Malaysia?', malam semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2014.

"Saya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Dr Farouk, kalau benar PAS bertujuan untuk senyapkan segala pendapat tidak mungkin saya ada di sini.

 "Kita juga terbuka dalam menerima semua pendapat termasuk rakan kita DAP. Bagi PAS, semua pihak berhak mengemukakan apa yang dirasakan dan kita hormati suara mereka. Jadi kami juga berharap anda juga menghormati hasrat PAS dan rakyat Kelantan," katanya.

 Selain Hanipa dan Dr Farouk, forum tersebut turut menampilkan peguam, Syahredzan Johan, dan penasihat perundangan 'Save Sarawak River' Abun Sui Anyit daripada Sarawak.

 Forum itu turut mendapat sambutan luar biasa apabila dewan dipenuhi dengan kehadiran kira-kira 200 orang ramai daripada pelbagai kaum dan peringkat umur.

 ‎Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan rang undang-undang persendirian (hukum hudud) yang bakal dibentangkan PAS bertujuan mendapatkan kuasa daripada Parlimen untuk membenarkan Kelantan mewujudkan undang-undang perkara jenayah yang terletak di bawah bidang kuasa persekutuan.

 Ia juga ingin meluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah, di mana hukuman maksima dihadkan kepada tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan diganti.

 Sebaliknya, ia mahu kuasa menjatuhkan hukuman bunuh, sebatan dan potong tangan bagi jenayah mengikut hudud diberikan kepada Kelantan.

 Hanipa berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya menyasarkan kepada jenayah berat sahaja.

 Katanya, tahap bukti yang diperlukan adalah sangat teliti dan tidak dibuat sebarangan dalam menentukan seorang itu bersalah atau tidak.

Dr Ahmad Farouk Musa berkata kerajaan Kelantan 
perlu menghantar wakil ke New Zealand untuk 
mempelajari kejayaannya menangani jenayah. 

Dr Ahmad Farouk Musa mempertikaikan tindakan kerajaan Kelantan membuat lawatan ke Brunei yang bakal melaksanakan hudud, dan berkata ia perlu menghantar wakil ke New Zealand untuk mempelajari kejayaannya menangani jenayah. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 3 Mei, 2014.Seorang lagi panelis, Dr Farouk dari IRF mempertikaikan hukum hudud kerana di dalam al-Quran tidak tertulis hukuman bagi kesalahan zina dan murtad.

 Beliau mempersoalkan adakah dengan pelaksanaan undang-undang Islam itu dapat mengurangkan jenayah seperti didakwa PAS Kelantan.

 Dr Farouk membentangkan senarai 10 negara paling selamat di dunia, tetapi Arab Saudi, negara yang mengguna pakai undang-undang hudud, berada di kedudukan ke 131.

 ‎"Keadilan dan kesaksamaan sentiasa menjadi mesej jelas dalam negara Islam, bagaimanapun statistik yang didedah membuktikan sebaliknya," katanya.

 ‎Menurut Dr Farouk, ‎daripada kerajaan Kelantan membelanjakan puluhan ribu ringgit menghantar delegasi ke Brunei bagi memahami pelaksanaan hudud, PAS perlu menghantar wakil mengkaji urus tadbir kerajaan yang baik di negara paling selamat di dunia, iaitu New Zealand.

 Beliau turut mencabar pemimpin PAS untuk bertemu dengan raja dan sultan untuk mendapatkan sokongan mengenai hudud kerana golongan monarki dilihat berada di atas undang-undang.

 ‎ Syahredzan pula mempersoalkan, biarpun hudud hanya tertakluk kepada masyarakat Islam dan perbicaraan hanya akan diadakan di Mahkamah Syariah, apakah negeri mempunyai kuasa perundangan untuk membicarakan kes jenayah daripada Putrajaya.

 "Parlimen tidak boleh memberi kuasa kepada kerajaan negeri di mana ia akan dipisahkan kepada dua perundangan jenayah‎.," kata beliau.

 Syahredzan berkata sekiranya Perlembagaan dipinda bagi membolehkan hudud dilaksanakan, ia akan mengganggu struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

 Sementara Abun daripada Sarawak berkata, rakyat Malaysia tidak bersedia dengan pelaksanaan hukum hudud kerana faktor penduduk yang terdiri daripada berbilang kaum, agama, bahasa dan budaya di negara ini.

 "‎Perjanjian yang dipersetujui Sabah dan Sarawak dalam pembentukan Malaysia akan tercemar sekiranya kerajaan persekutuan bersetuju untuk meminda Perlembagaan untuk melaksanakan hudud," katanya. – Rencana oleh DIYANA IBRAHIM dan Gambar oleh Nazir Sufari The Malaysian Insider, 3 Mei, 2014.
Comments
6 Comments

6 comments :

Anonymous said...

Apakah hudud?
Bolehkah kita melihat hudud drp perspektf kerangka miracle UNIVRSAL yg maha luas lagi maha INDAH yg tlh dilalui dan dilaksanakan oleh semua nabi2 dan rasul2 ALLAH..

Bukankah erti DEFINASI paling dasar kpd hudud itu adalah garis2 batas2 aturan2 @ undang2 ALLAH?

Bertapak n berPAKSI kpd erti hudud yg mnjd "GARIS2-ATURAN2-UNDANG2" yg tlh dijejaki dan diPRAKTISkan oleh rasul2 n nabi2..kita dapat SAKSIKAN ddlm seluruh lembaran Quran bhw hudud-UNIVRSAL yg dipamerkan oleh nabi2 memiliki LANGKAH2-STEP2-PRIORITY yg sgt jls dan TERANG sbg keutamaan..

GARIS-ATURAN-UNDANG2 utama(No.1) ddlm LANGKAH-STEP-PRIORITY hudud-UNIVRSAL yg mrk(nabi2) WAJIB lakukan adalah menentang'MELAWAN musuh ummat, yg jahat zalim dan meNINDAS dgn sewenang2nya brnafsu ganas melanggar dan meMENAPULASI norma2 suci KBNARAN & KEADILAN univrsal drp TUHAN..

Itulah ROH suci hudud-UNIVRSAL yg tlh dilalui oleh semua nabi2 yg WAJIB WAJIB WAJIB sekali dihadam & difahami sbg GARIS-ATURAN-UNDANG2 hudud yg FUNDAMENTAL sekali sbg PRIORITY..

Tidak pernah WUJUD samasekali kompromi restu dan SOKONGAN yahudi nsrani & Abu Jahal terhadap nabi saw ddlm soal hudud ini..

Demikian juga tiada kompromi serta SOKONGAN Firaun Haman & Qarun utk berhudud dgn Musa as..

Sudah pasti..seandainya prjuangan hudud-UNIVRSAL nabi2 ini yg mnjd keWAJIPAN total sbg PRIORITY tiada seekor setan pun sudi brkompromi & meNYOKONG hudud-UNVRSAL nabi2 yg maha INDAH ini..sbaliknya,

Apalah ertinya hudud-TRIVIAL yg diwar2 kan demi meNGABURI garis-ATURAN-UNDANG2 hudud-UNIVRSAL nabi2 yg pasti mnjd mainan LELUCON bibir setan2 RAKUS yg dikenali bersama2 puak2 yg brkpntingan
DIRI..

Sama2lah kita memahami sbnr2 ROH hudud-UNVRSAL nabi2..& inilah seWAJIB2 prjuangan suci & WAJIB mnjd PRIORITY yg bnar2 dpt mmBEBASkan ummat/rkyat drp kekejaman keZALIMAN fitnah KHIANAT tipu kliru yg hina & keji!

Anonymous said...

Yang simple nya hudud hanya dilaksanakan di Kelantan tidak melibatkan penduduk P. Pinangg atau Selangor. Hudud telah dibentangkan di Dewan DUN sebelum ujudnya PR. Sehingga sekarang Kelantan masih lagi dibawah PAS (sesungguhnya tidak memerlukan DAP atau PKR pun untuk untuk mengujudkan DUN) Berapa lama lagi kan masa yang diperlukan untuk memberi kefahaman untuk kaum bukan islam untuk faham sedangkan mereka sememangnya tak nak faham pun. Disini diantara iman dan ilmu dalam cubaan oleh ALLAH sebagai pilihan. Kita punya banyak alasan untuk menolak tapi kita hanya punya satu jawaban dihadrat ALLAH di akhirat nanti bagi mereka yang yakin akan keujudannya.

Anonymous said...

hukum kapir boleh dikenakan atas umat Islam macam mana pula ?
teruskan laksana hudud dimana perlu ini negara Islam
ini semua ikutan Iblis yang suka engkar kepada arahan Allah.

Anonymous said...

Bentangkan saja di Parlimen X payah tangguh lagi. Ini untuk negeri K'tan saja. Kalau ini x mampu, boleh percaya ke nak laksana syariah Islam
jika tadbir Putrajaya???

dino landu said...

Saya ingin bertanya adakah Allah bertanya kepada Rosulullah dulu baru hukuman itu dipeturunkan?Sedangkan Allah mengetahui apa yang terbaik untuk manusia.Samaada yang baik atau jahat semua ciptaan Allah.Allah tidak memilih Para Rosulullah dikalangan bijak pandai saja tapi mestilah penuh Keikhlasan dihatinya kerana Allah.Islam itu 1)Menyerah diri menjadi hamba hanya kepada Allah.
2)Taat dan patuh kepada syariat Allah yang dibawa Rosullah.3)Tidak syirik 4)ikhlas kerana Allah.Saya hanya mengingat yang merasa diri mereka bijak pandai.Lupa pada perintah Allah.

Alhusseyn Alhusseyn said...

Masalahnya ialah korang semua percaya sangatkah dengan Umno yg kononnya mahu sokong Hudud? Itu persoalan yang menjadi penghalang sebenar kerana PAS hanya punyai 21 ahli parlimen.PAS kena rampas tempat Umno di parlimen itu barulah mampu untuk membentangkannya.Umno hanya memperbodoh-bodohkan PAS sahaja dalam isu ini!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...