GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, May 07, 2014

Bekas Speaker Parlimen meninggal dunia

Orangnya kecil, berita pemergiannya pun kecil. Tidak tersiar di akhbar perdana atau mana-mana tv negara.Itulah nasib Jamal Muhamad yang pernah berjasa kepada negara. Pernah menjadi Speaker Parlimen Kanak-kanak yang popular satu ketika dulu.Pernah giat berceramah untuk PAS sewaktu masih sihat.Beritanya aku terjumpa terselit di TrengganuKite ptg tadi. Alfateha.   


PUTRAJAYA - Jamal Muhamad, 75 atau lebih mesra disapa Pak Cik Jamal menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 11 pagi tadi di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.
Jamal yang juga personaliti televisyen veteran popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM di era 80-an mengalami sesak nafas sejak kelmarin.
Dilaporkan, Allahyarham tenat dan tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya, semalam, selepas mengadu sesak nafas.
Allahyarham turut menjalani ujian khas mengesan virus Sindrom Pernafasan Asia Barat-Virus Korona (MERS-CoV) berikutan baru pulang daripada mengerjakan umrah pada 30 April lalu.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...