JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Tuesday, May 06, 2014

Dia kenal sangat Islam Umno....PAS patut belajar darinya

PKR dan DAP memang tidak mahu PAS bentangkan rang undang-undang hudud itu bagi mendapatkan kebenaran Parlimen, melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993.

Tetapi kenapa presiden MCA , Liow Tiong Lai ni gatai mulut gesa PKR dan DAP menghalang rakan sekutu mereka, PAS dari membentangkan enakmen tersebut?

 Bukan Apek tu tidak tahu yang suruh sangat-sangat PAS bentangkan enakmen itu adalah Umno, rakan sekutunya sendiri! 

Dan dia sendiri tahu, Umno hanya acah-acah saja.Bukan baru kali ini dia berkawan dengan Umno. Dia tahu sangat perangai Umno yang lidah bercabang macam biawak! Cakap lain dan akan buat lain.... 

Apek ni tahu jenis Islam yang Umno anuti. Umno hanya haramkan orang bawahan main judi, tapi pemimpin main judi dan menjadi towkey judi tidak mengapa. Umno haramkan orang bawahan minum arak, tapi pemimpin depa minum dan jadi towkey arak tidak mengapa.

Boleh tengok pemimpin Umno dan arak di sini dan  di sini

 Apek ini juga mendapat khabar bagaimana bekas Mufti Selangor Allahyarham Ishak Baharom kena pecat:

 "Saya dipecat hanya dengan satu surat dari Ibu Kota kepada kerajaan negeri Selangor yang berbunyi, Singkirkan Ishak Baharom. Dia penghalang kemajuan " ceritanya di sini 

 Hanya kerana menangkap peserta ratu cantik Melayu Islam yang sememangnya memakai pakaian tiga suku telanjang di depan beribu-ribu orang itu pun boleh mengakibatkan seorang Mufti dipecat, takkanlah Umno sanggup biarkan Hudud terlaksana di negara Malaysia ini?

 Maka atas kefahaman Islam Umno itulah, maka Apek ini telah menyatakan kepada PM Najib kesediaannya  untuk kembali ke kabinet, dan dengan bangganya menyatakan dia teguh bersama Najib:

Teguh bersama Najib dalam menolak Hudud …
Itulah peranan Apek si batu api ini! Dia seronok tengok Pakatan Rakyat bergocoh sesama sendiri dan berpecah. Baca di sini

 PAS, DAP dan PKR  akan terus bercakaran sesama sendiri. Yang akan memerintah Malaysia seterusnya tetap Umno! Apek ni sendiri akan jadi menteri.....
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...