JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, May 15, 2014

Lebih baik buat kerajaan campuran dengan Umno daripada Kumpulan Ahmad Said?

  Urusan jual beli kambing ni sebenarnya sudah lama dirundingkan di Manir sejak dulu lagi...

 Kebimbangan yang Nizar pernah dluahkan baru-baru itu pun hampir-hampir berlaku .....

Mujurlah Najib segera 'respind' lalu memicit telor-telor 6 kambing kumpulan Mat Said itu menyebabkan kambing-kambing itu TERKEJUT lalu berpatah balik dan masuk semula ke dalam kandang Umno semula.

 Tetapi PAS Trengganu telah terbukti merupakan lubuk UG dan masih tetap membara ... Bacalah :

 Sumber yang rapat dengan PAS memberitahu FMT, dua hari sebelum majlis angkat sumpah menteri besar yang baharu, Ahmad Said telah menghantar Bendahari Umno Bahagian Kemaman, Abdul Sidek atau lebih dikenali sebagai Haji Dol menemui pemimpin PAS.

 Haji Dol beritahu pemimpin PAS bahawa Ahmad Said akan bawa enam orang Exco keluar dari Umno dan sanggup mengadakan kerajaan campuran dengan PAS di Terengganu. Maka PAS negeri membuat mesyuarat tergempar pada hari yang sama.
 Seorang pemimpin PAS kanan tidak setuju dengan tindakan Ahmad Said itu. Dia bertanya jika bekas menteri besar itu boleh dipercayai. Dengan Umno sanggup dia kencing, apatah lagi dengan PAS nanti. Katanya, lebih baik buat kerajaan campuran dengan Umno daripada kumpulan Ahmad Said.
  Sebab itulah pada malam 13 Mei Ahmad yakin enam orang Exco akan keluar bersamanya. Sebaliknya dua orang sahaja yang ikut – Ghazali Taib dan Roslee Daud (Bukit Besi). Tiga orang lain menafikan keluar dari Umno iaitu Datuk Mat Jidin Shafie (Permaisuri), Nawi Mohamad (Hulu Besut) dan Ir Rosli Othman (Kemasik).

 Misi Haji Dol gagal sebab itu Ahmad Said kata ada orang PAS melamarnya supaya beliau masuk PAS padahal PAS Terengganu tidak setuju kumpulan Ahmad Said buat kerajaan campuran dengan PAS.

 Apabila dua ADUNnya “turn back” iaitu Roslee Daud dan Ghazali Taib, maka Ahmad Said tidak ada pilihan terpaksa kembali menyertai Umno, jika tidak kes SPRM terhadapnya akan diteruskan. Baca berita sepenuhnya di sini
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...