GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Wednesday, May 07, 2014

Maka berkatalah Tuan Guru Ibrahim Ali ...

  Sahibul Yamaha, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali semalam berkata, tiada sesiapa berhak mempersoalkan keikhlasan mana-mana pihak dalam melaksanakan hudud di Malaysia.

 Ibrahim berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung mengenai keikhlasan Umno ekoran pembentukan jawatankuasa teknikal berhubung undang-undang Islam itu antara kerajaan pusat dan Kelantan.

 Ahli politik veteran itu berkata, persoalan berhubung keikhlasan hanya Allah yang tahu dan beliau bersyukur jika benar Umno ikhlas dalam isu itu. 

 Dia sudah mendapat petunjuk dan kembali ke jalan yang Allah redhai....Semua ini adalah atas kuasa dan kehendak Allah yang Maha berkuasa.Maqamnya sama tinggi dengan ulama di sini 

Syukurlah kerana Umno ikhlas beri korang BR1M ....dan dijanjikan barang lebih murah bila GST di laksanakan kelak ...Kah! Kah! Kah! Bini aku tak pakai tudung, tapi hatinya ikhlas....korang mana tahu... Aku makan rasuah pun ikhlas! kah!kah! kah!.. 

 Aku hanya akan percaya Umno akan sokong Hudud Kelantan dengan satu bukti sahaja yang perlu memperlihatkan keikhlasannya itu - Berikan hak Royalti Minyak rakyat Kelantan. 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...