JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Monday, May 05, 2014

PAS jangan terperangkap dengan muslihat Umno

Satu masa dahulu bekas timbalan presiden Pas, bermati-matian menafikan yang beliau ada berjumpa dengan pemimpin Umno membincangkan kerjasama untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

 Sampai Nik Aziz sendiri menghalau bekas timbalan presiden itu keluar Pas sekiranya masih terus membawa agenda untuk bekerjasama dengan Umno. Akhirnya agenda itu terdedah apabila Abdullah Badawi sendiri mendedahkan pertemuan dengan pemimpin Pas berlaku beberapa kali. Apakah makna dan erti semua itu?

 Demikian juga rahsia pertemuan pemimpin Pas dengan Tengku Razaleigh Hamzah menjelang pilihan raya lalu dalam proses hendak menukarkan jawatan Perdana Menteri daripada Anwar Ibrahim kepada Tengku Razaleigh.

 Tidak ada seorang pun pemimpin Pas yang bertemu dengan Tengku Razaleigh berani menjelaskan perkara itu dan kalau diajukan pertanyaan mereka akan menafikan. Kerana pertemuan itu sulit dan bukan semua pemimpin Pas yang lain diberi tahu.

 Saya menetahuinya apabila Tengku Razaleigh menyebut seorang demi seorang pemimpin Pas yang berjumpa dengannya dan siap menunjukkan tempat kerusi yang mereka duduk di ruang pejabat di tingkat satu dirumahnya.

 Pendirian saya mengenai cadangan Kelantan hendak melaksanakan hudud, jelas. Saya menyokong seratus peratus. Apa yang dipertikaikan ialah mekanismenya sahaja yang perlu diperkemaskan agar (dapat mengelakan) yang dikejar tidak dapat yang dikendung berciciran. Mengingatkan agar Pas tidak terperangkap di dalam mainan Umno. Jangan nanti kerana excited hendakkan hudud Pas akan kehilangan kuasa. Baca seteusnya disini
Comments
3 Comments

3 comments :

Amuraria said...

jangan lupa parti sekutu apco ,ABU !

Anakampung said...

Salam Tuan..

Kalau orang Melayu sendiri tak faham dengan Hudud apatah lagi Cina seperti DAP.. Wahai pemimpin PAS Kalau anda jujur pergilah terangkan Hudud segara kepada rakan gabungan DAP dan PKR yang bukan Islam secepat mungkin..

Bagilah kefahaman kepada mereka.. Kami sokong Hudud.. tapi kami juga rimas dengan keadaan yang berlaku dalam PR..

Anonymous said...

Ini macai umngok dgn cara komen nya...kalu btl nk hudud xpyh bri penjelasan kt bkan islam...iany hnya untuk orng2 islam saja...yng xislam tu guna hukum sibil....macai baghal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...