GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, May 07, 2014

Pengail dapati katak tersenyum dalam mulut ikan....


Seorang pengail amatur terkejut beruk bila mendapati seekor katak pisang yang masih hidup berada dalam mulut ikan yang berjaya dipancingnya.

 Angus James begitu teruja sewaktu dia mahu melepaskan mata kail dari mulut ikan yang baru ditangkapnya itu – bertentang mata dengan katak pisang yang memandang tepat ke arahnya dan seolah-olah tersenyum kepadanya.

 Beliau membuka luas mulut ikan itu dan terlihat mata besar katak itu.

 “Saya terkejut, saya sangkakan rumput rampai pada mulanya, kemudian sepasang mata itu mengenyit …” James memberitahu. “Saya sentiasa membawa kamera, lalu saya ambil gambarnya dan kemudian dia melompat keluar”

 Gambar tersebut menjadi viral setelah disarkan menerusi fesbuknya, mengumpul 40,000 likes dan 2000 komen.

 James telah melepaskan semula ikan tersebut kembali ke dalam air dan berkata ramai yang tumpang gembira kerana katak itu berpeluang dapat hidup bagi kali kedua!

 “Semua orang turut berkata, katak itu dapat peluang kali kedua untuk hidup.” Sumber
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...