GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Sunday, May 25, 2014

Saya tak tuju kepada sesiapa ; cuma cakap sorang-sorang macam di sinetron Indonesia.....

HADI: Mereka perlu sama sekali berhenti bercakap soal hukum itu
 kerana bimbang ia boleh mencelarukan lagi keadaan sedia ada.

KOTA BHARU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan supaya mana-mana pihak yang tidak mengetahui tentang hukum hudud supaya berhenti bercakap mengenainya kerana ia boleh menjejas orang lain yang sememangnya tidak memahami undang-undang Islam itu.

 Beliau berkata mereka perlu sama sekali berhenti bercakap soal hukum itu kerana bimbang ia boleh mencelarukan lagi keadaan sedia ada.

 "Ini bukan sahaja menimbukan kekeliruan malah ia merosakkan...Kalau tak tahu jangan cakap sepatutnya...Saya tak tuju kepada sesiapa.

 "Mereka cakap pasal hukum hudud dan tak tahu apa...pada hal hukum hudud merupakan salah satu dari undang-undang jenayah," katanya kepada pemberita selepas Seminar Pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik) di sini, hari ini.

 Turut hadir Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

 Semalam, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata umat Islam perlu berhati-hati mengeluarkan pendapat mengenai hudud kerana dikhuatiri jika tersilap lafaz ia boleh menjejaskan akidah dan syahadah mereka.

 Pada 11 Mei PAS telah membuat pusingan-U apabila mengambil keputusan menangguhkan rancangan mereka untuk membentangkan rang undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat.

 Pas juga telah bersetuju dengan cadangan penubuhan satu jawatankuasa teknikal antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Kelantan untuk meneliti semula pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah II 1993 Kelantan. SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...