JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Sunday, May 04, 2014

Umno : Hudud Mau, Judi dan Arak lagi mau! mau!

Aku hairan bagaimana ada yang kata " ahli PAS juga tidak perlu meragui kejujuran UMNO kerana ia soal hati dan PAS akan sentiasa berwaspada...." 

Antara perkara yang menyebabkan ramai yang tidak percaya mengenai keikhlasan Umno mahu sokong Hudud adalah seperti ini:

 Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali mengakui kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak petang ini bahawa orang Cina telah diberi "peluang adil" untuk berjaya tetapi menegaskan ini bukan kesnya.

 Untuk menggambarkan hujahnya, beliau berkata syarikat-syarikat milik Cina yang besar seperti YTL dan Berjaya, dan juga hartawan Robert Kuok, telah diberi "layanan istimewa" oleh kerajaan.

 "Semua lesen perjudian, hiburan, dan alkohol adalah milik bukan Islam dan umat Islam tidak boleh terlibat dalam 'haram' (berdosa) perniagaan," Ibrahim memberitahu The Malay Mail Online.

 "Walaupun Islam adalah agama (resmi) di negara ini, orang bukan Islam dibenarkan untuk menjalankan perniagaan 'haram' ini. Islam tidak membantah.

 "Jadi apa lagi yang bukan Islam mahu?" Katanya di sini

Kah! Kah! Kah! Ibrahim Ali mengakui bahawa Umnolah yang tolong kayakan syarikat-syarikat Cina yang diaorang gelar Kafir Harbi di Malaysia ni.....Jangan lupa bahawa Umno kata nak sokong Hudud!

 Sambil korang mengikuti ulasan saya mengenai dakwaan Ibrahim Ali ini, jangan lupa, janji Umno yang nak sokong Hudud tu....

Tapi, betulkah dakwaan Ibrahim itu bahawa hanya 'Cina Kafir Harbi' sahaja yang terlibat dengan judi dan arak? 

Ibrahim Ali melalui PERKASA menentang bangsa Cina seperti Vincent Tan yang kononnya telah merompak hak-hak bangsa Melayu dan menjadikan bangsa Melayu itu hamba di Negara sendiri tetapi dalam masa yang sama Ibrahim Ali adalah barua yang bekerja untuk Vincent Tan.Penyokong dan ahli-ahli PERKASA patut baca ini

Perjudian

UMNO dan judi adalah sinonim. Loteri Kebajikan Masyarakat yang diwujudkan semasa pemerintahan Tunku Abdul Rahman kekal sehingga sekarang walaupun dengan penjenamaan semula seperti 4 Nombor Ekor, Sports Toto dan sebagainya.

 Hubungan istimewa Umno dengan Vincent Tan telah memudahkan penjenamaan semula ini. Mustahil sangat kalau Ibrahim Ali  tidak mengetahuinya.

Vincent Tan memiliki hanya sebahagian daripadanya. Selebihnya milik Umno tetapi dipegang di bawah amanah oleh Vincent Tan. Ini adalah perjanjian lama dulu sewaktu Ahmad Sebi Abu Bakar menjadi Ketua Pegawai Eksekutif TV3. Muslihat itu dilakukan semasa Daim Zainuddin merupakan Menteri Kewangan. 

 Ahmad Sebi memberitahu Vincent Tan yang Umno tidak dapat meletak syer di bawah namanya sendiri kerana, sebagai parti Islam terbesar di dunia, sebagaimana yang di isytiharkan sendiri oleh Tun Dr Mahathir , ini akan menjadi satu isu yang sensitif. Jadi mereka perlu menyembunyikan kepentingan Umno di bawah penama bukan Islam. Dan Vincent Tan adalah penama bukan Islam. Inilah bagaimana Sports Toto berakhir di tangan Vincent Tan.

Kemudian mengenai mesin judi ‘one-armed bandits' milik Vincent Tan yang puluhan ribu beroperasi di seluruh Malaysia, termasuk Malaysia Timur (yang mempunyai paling banyak mesin per kapita)? 

Mengapa polis tidak menyerbu kedai-kedai perjudian haram ini dan merampas mesin dan menangkap pengendali? Nah, yang mereka lakukan, sebenarnya, tetapi polis hanya menyerang mereka yang cawangan tidak dimiliki oleh Vincent Tan. Mereka 'pesaing kepada Vincent Tan mengalami serbuan polis rampasan. Yang dimiliki oleh Vincent Tan tidak.Baca lagi di sini

Lim Goh Tong pernah menulis dalam bukunya, My Dream : 

“Pada April 27, 1965, saya dan Tan Sri Haji Mohd Noah membuka sebuah syarikat Sdn Bhd bernama Genting Highlands Sdn Berhad. Diantara tahun 1965 dan 1970, kami membuat permohonan kepada Kerajaan Pahang dan Selangor untuk mendapatkan 4,940 hektar dan 1,110 hektar masing-masing terhadap tanah pegangan bebas.” Baca seterusnya di sini.

Alkohol



Kilang pengeluar arak terbesar di Asia Tenggara adalah di Malaysia, sebuah negara Islam! 


Kenali Ketuanan Melayu di Kilang Arak di sini


Nampak benar bohongnya Ibrahim Ali bila cakap "Semua lesen perjudian, hiburan, dan alkohol adalah milik bukan Islam dan umat Islam...." 

Tetapi Umno adalah kepala bapak judi dan arak di Malaysia. Cer baca pendedahan blogger Umno sendiri  di sini

Apakah ahli PAS tidak perlu meragui kejujuran UMNO?

 
Comments
5 Comments

5 comments :

Anonymous said...

ada org akan cari jalan utk memberi keyakinan utk PAS melaksanakan Islam

ada org akan mencari jalan utk memberi kegoyahan utk PAS melaksanakan Islam

which one is you? or somewhere in between?

perasan tak natijah dari penolakan anwar and najib? phrase by phrase mmg berbeza..tetapi natijahnya sama....must be coming from the same puppet master

Alhusseyn Alhusseyn said...

Pada saya, Umno bertujuan politik semata-mata bila menyatakan sokongannya terhadap Hudud di Kelantan. Selagi Umno tidak bersedia melawan kemungkaran yang mereka sendiri pemain utamanya, Hudud hanya dijadikan alat utk memecahkan Pakatan Rakyat dan Umno akan terus berkuasa.

Anonymous said...

PAS sememangnya telah masuk perangkap UMNO kita lihat saja bagaimana seronoknya Jamil yang tak khir (Tak baik)bersuara semenjak kebelakangan ini,tunggu dan lihat seterusnya.

Anonymous said...

Hukum, aturan, UNDANG2 @ HUDUD utama yg FUNDAMENTAL sekali yg dibawa nabi2 adalah menentang MELAWAN & MENGHANCURKAN musuh2 umat/rkyat!

Hukum,aturan, UNDANG2 @ HUDUD primer-UNIVRSAL yg diperintahkan oleh ALLAH kpd nabi2 adalah MENGHANCURKAN kezaliman kekejaman KERAKUSAN buas ganas yg mmbelengu & MENINDAS ummat/rkyat!

Hukum,aturan,UNDANG2 @ HUDUD yg pertama & AWAL2 SEKALI wajib dilunaskan oleh nabi2 adalah menyuloh menerangi jln TUHAN yg brpaksikan sbnr2 KBNARAN & KEADILAN UNIVRSAL dan menolak sgl tipudaya auta-SANDIWARA onar makar BELIT halus penguasa @ PEMIMPIN2 yg rakus & zalim..

Dan siapa,,siapa,,siapakah yg jls TERANG2an menipu auta-SANDIWARA yg KHIANAT bejat lacur-LUCAH rasuah FITNAH rakus ZALIM dinegara ini?

Adakah nabi saw akan brkompromi & berpakat hudud dgn puak2 yg jls2 punah & "FASAD" sprt diatas itu?

Manakah yg LEBIH AFDAL?
-hudud primer-UNIVRSAL nabi2 demi MENGHANCURKAN penguasa ygZALIM terlebih dahulu..atau
-hudud ug yg PASTI memberi nafas lega dan TENAGA baru kpd setan2 dikenali utk mnjd lebih zalim ganas & lebih RAKUS lagi!!

Anonymous said...

Kilang Carlsberg di Selangor dah tutup ke... dalam surat khabar ada iklan untuk menjual arak...Siapa ADUNnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...