GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Friday, May 09, 2014

UNSUR ZALIM, ANDAIAN ITU SYUBHAH

Hudud: Soal ikhlas urusan Allah, tegas PAS • | 4:41PM Mei 6 2014 • 
Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendesak umat Islam tidak mempertikaikan keikhlasan pihak yang menyokong perlaksanaan Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hukum Hudud) di Kelantan. 

 “Semua pihak di kalangan umat Islam wajib menerima kewajipan melaksanakan syariat tanpa menuding jari atau menuduh atau melekehkan antara satu sama lain. 

 “Perlu diingati bahawa perkara yang berkait dengan 'ikhlas' adalah urusan Allah, bukan urusan kita. “Maka berdosa sekiranya kita semua sibuk dengan perkara sampingan tersebut, iaitu dengan membahaskan keikhlasan atau dengan memperlekehkan antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan di sini.
Soalan: Apalah salah kiranya kita andaikan Umno tak tipu kita di Kelantan. Tak baik, Ustaz bersangka buruk dengan Umno dan pemimpin kita yang nak bekerjasama dengan Umno melaksana Hudud Kelantan.

 Jawapan: Bukan semua andaian atau sangkaan itu buruk, kerana Allah S.W.T sendiri berfirman yang bermaksud, "setengah dari sangkaan itu ada megandungi dosa.” (al-Hujurat: 12)

 Selain sangkaan yang buruk, sangkaan tanpa asas juga adalah mendekati keburukan.

 Ulamak fiqh, memanggil sangkaan tanpa asas ini sebagai 'waham'. Ulamak fiqh turut menganggap ada sangkaan yang baik, iaitu

 1. dzon atau sangkaan berasas.

 2. ghalabatuz dzon atau sangkaan kuat yang berasas9 "(yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya." (al-Baqarah: 46)9 Niat melaksanakan Shariah Kelantan adalah murni, tetapi bekerjasama dengan Umno akan meninggalkan beberapa mudarat besar:

 1. Memanjangkan kezaliman Umno atas pepecahan PR yang nyata ditubuhkan untuk menumbangkan kezaliman BN itu.

 2. Islam dan PAS akan dilihat tiada integriti atas tahalluf siyasi dengan PR, walaupun niat parti Islam itu cukup murni, etc.9 Sebab itu, Islam ajar kita jangan cenderung pada kezaliman.

 "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan." [Surah Hud: 113]

 Syubhah dan kezaliman apabila Sultan dan Ahli Politik secara amalan serta perundangannya akan dilindungi, seperti di konteks Kelantan & Brunie.

 "Hudud itu tidak boleh dilaksanakan sekiranya ada syubhah."

 "Orang-orang sebelum kamu menjadi hancur kerana bila ada orang mulia yang mencuri mereka biarkan sahaja.Kalau orang lemah mencuri mereka tegakkan hukuman. Demi Allah, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, akan saya potong tangannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

 Ini sangkaan yang kuat, bukan waham. Kaedah fiqh menyebut, da' ma yuribuka illa ma la yuribuka. Setuju?

 ZAINULFAQAR YAACOB
 +60194241583 
zainulfaqray@gmail.com faqar.blogspot.com
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

Apakah ANDAIAN @ syak yg bermain ddlm minda n IMAN didada..apb isu jenayah sprt pilkuda pi report kat TV3 dan diwar2 kan 1'Malaysia..jd balai2 polis itu utk APA?

Apa pula ANDAIAN @ syak yg trjd kpd setan2 yg dikenali diatas isu pi report pilkuda kat TV3..
--Adakah setan2 itu sgt KECEWA?
--Adakah setan2 jd sgt2 gumbira?

Apb sudah TENTU setan2 itu sgt GUMBIRA sekali..apa pula ANDAIAN anda kpd sifakeh ug??

Sifakeh yg mmberi GUMBIRA kpd setan2 sebaliknya mmbawa KECEWA keatas ummat/rkyat,,apakah pula ANDAIAN anda tentang 'nilai' mrk disisi Allah???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...