JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Thursday, June 26, 2014

ANALISIS Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dinanti-nanti hari ini menimbulkan persoalan berhubung saiz besar kabinet barunya itu.

 Untuk negara dengan 30 juta penduduk ini, pertambahan anggota kabinet Najib menjadikannya memiliki 35 menteri penuh dan 27 timbalan menteri.

Jumlah portfolio kabinet juga semakin bertambah. Seramai 35 anggota itu, 10 daripadanya berkhidmat dalam Jabatan Perdana Menteri – yang semakin membesar – membentuk kabinet dalam kapasiti sebagai menteri penuh.

 Berdasarkan pakej saraan yang ditetapkan parlimen Malaysia, barisan baru kabinet itu akan menelan wang pembayar cukai kira-kira RM530,000 dalam bentuk gaji atau RM6.3 juta setahun.

 Ini tidak termasuk saraan yang diterima menteri-menteri itu atas kapasiti mereka sebagai anggota parlimen serta mengambil kira juga bayaran elaun-elaun yang layak diterima.


Jika timbalan perdana menteri dimasukkan sekali, kerajaan ini berbelanja RM824,525 sebulan untuk gaji pokok untuk kesemua pemimpin atasannya, atau mencecah RM9.9 juta setahun.

 Lebih mahal dari UK

 Najib mempertahankan keperluan mengembangkan kabinet. Ini ekoran perubahan pendirian MCA yang kini bertukar fikiran untuk menerima kerusi kabinet.

 Jika dibandingkan dengan negara-negara Komanwel, kabinet itu besar jika dibandingkan dengan populasi penduduk.

 India, negara dengan satu bilion penduduk, menyaksikan juga 23 anggota kabinet.

 Malah, menteri di India tidak mempunyai gaji pokok dan dibayar berdasarkan elaun harian yang ditetapkan parlimen mereka.

 Di United Kingdom yang mempunyai 63 juta penduduk, juga mempunyai 23 anggota kabinet yang menerima bayaran £1.57 juta setahun (RM8.54 juta)~ SUMBER

Info Tambahan.

 Seorang Ahli Parlimen boleh menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan termasuk elaun.

 Merujuk Kertas Statut 235 Tahun 1983, Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, seorang Ahli Parlimen diberikan elaun bulanan seperti untuk keraian (RM1,500), pemandu peribadi (RM1,200), perjalanan (RM1, 500) dan telefon (RM900).

 Ahli Parlimen turut dibayar elaun sebanyak RM200 sehari apabila mereka menghadiri mesyuarat di Parlimen dan RM150 apabila mereka menghadiri mana-mana jemputan rasmi mesyuarat, taklimat, seminar atau pelbagai acara anjuran kementerian atau agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan atau negeri.

 Selain itu, Ahli Parlimen juga boleh menuntut elaun makanan (termasuk 25% untuk tips) dan bayaran untuk bilik hotel, bayaran caj dobi, tempat letak kenderaan, tol, dan wang belanja untuk membeli pakaian panas dan pakaian istiadat.

 Faedah-faedah lain seorang Ahli Parlimen ialah mendapat rawatan perubatan percuma untuk diri mereka, pasangan dan anak-anak di bawah 21 tahun di hospital dan klinik kerajaan, pinjaman komputer, kereta dan perumahan, senjata api percuma dan lesen kenderaan, serta pencen dan ganjaran untuk perkhidmatan mereka di bawah syarat-syarat dan keadaan tertentu.
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...