GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Saturday, June 14, 2014

Berserabut sungguh : Siapa yang berkuasa di Selangor sebenarnya?

Jelaskan mengapa tidak pulangkan Bible, kata Selangor kepada Mais 

Exco Hal Ehwal Agama Selangor, Sallehin Mukhyi memberitahu 
berkerajaan negeri tidak pasti mempunyai kuasa bagi bertindak 
terhadap Majlis Agama Islam Selangor untuk memulangkan
Bible kepada Pertubuhan Bible Malaysian.– Gambar fail 
The Malaysian Insider, 14 Jun, 2014. 

Kerajaan negeri Selangor meminta penjelasan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mengapa mengenepikan arahan Peguam Negara yang mahu kitab berkenaan dipulangkan kepada Pertubuhan Bible Malaysia (PBM).

 "Sejak Bible dirampas, kerajaan negeri mengikut prosedur dan menunggu keputusan Peguam Negara, malah Mais juga menunggu keputusan Peguam Negara sebelum bertindak.

 "Adakah sekarang Mais mahu mengikut ketetapan Peguam Negara atau tidak? Mereka perlu jelaskan," kata Sallehin Mukhyi, exco yang bertanggungjawab hal ehwal agama di Selangor.

 Mais hari ini berkata 321 Bible yang dirampas dari PBM di Damansara Kim pada Januari lalu tidak akan dipulangkan dan mahu tindakan diambil kepada PBM kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu dan Iban.

 Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa percaya ia merupakan kes mengikut enakmen agama bukan Islam.

 Kenyataan Adzib bertentangan dengan arahan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail pada Rabu yang mengarahkan kes tersebut ditutup dan arahan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang meminta kitab berkenaan dipulangkan kepada PBM.

 Sallehin berkata kerajaan negeri sejak awal lagi memutuskan akan patuh kepada keputusan Peguam Negara dan begitu juga diharapkan kepada Mais.

 "Namun ia tidak berlaku seperti dirancang. Disebabkan itu, saya perlu berbincang dengan Mais. 

 "Kerajaan negeri juga akan bermesyuarat bagi melihat sama ada kerajaan negeri atau exco mempunyai dalam hal ini. Jika tidak kami serahkan kepada Mais.," katanya.

 Beliau berkata kerajaan negeri sekarang tidak pasti sama ada mempunyai kuasa bagi bertindak terhadap Mais untuk memulangkan Bible kepada PBM.

 Katanya, perkara itu disebabkan Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Penyebaran kepada umat Islam) 1988 dikawal Mais.

 "Jika kami punyai kuasa, kami akan mengharmonikan situasi dan mengembalikan Bible kepada PBM," katanya.– 14 Jun, 2014. SUMBER

Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...