JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, June 25, 2014

Dalam PAS pun ada Anak Ku Sazali....

Berita sepenuhnya di sini
Pandai Ketua Pemuda Selangor main wayang. Syarhan Humaizi main wayang konon nak pertahan Presiden tapi yang sebenar mahu ditutup adalah menantu Presiden.

Artikel Malaysian Insider tu bukan hanya sebut Presiden PAS tapi juga sebut “MENANTU PRESIDEN”

 Sokongan Haji Hadi kepada Khalid Ibrahim bukan rahsia lagi. Semua pimpinan2 PR baik DAP, PKR dan PAS sendiri maklum. Presiden PAS masih berdegil mahu mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor setakat sebelum Presiden PAS sakit di Istanbul.

 Mungkin Syarhan tertinggal bot atau buat2 lupa atau buat2 tak tau. Tapi mereka yang berada di tahap kepimpinan semua maklum akan hal ini.

 Hakikatnya, kenyataan Pemuda PAS Selangor yang terbaru adalah untuk menutup menantu Presiden, yakni Din Ayam.

 Jadi, dijual nama Presiden kononnya Presiden difitnah.

 Wahai Syarhan Humaizi, bukankah puak2 awak yang ke hulu ke hilir satu masa dulu berkempen bahawa perlantikan Khalid Ibrahim adalah atas keputusan Presiden PAS?

 Padahal, yang hendak ditutup adalah peranan menantu Presiden. Yang hendak dilindungi adalah MENANTU PRESIDEN, bukan PRESIDEN.

 Maka selepas ini perbincangan adalah pentingnya melindungi Presiden dari difitnah dan tiada orang bercerita pasal peranan menantu Presiden.

 Orang tak lupa Syarhan yang paling kuat bersuara mahu boikot PRK Kajang sedangkan YDP PAS Hulu Langat adalah antara yang pertama menyokong PRK Kajang itu.

 Orang lain ko boleh tipu la, Syarhan. Tapi, bukan semua orang berakal rendah macam machai2 ko dalam Pemuda PAS Selangor tu.

 Rakyat umum dah celik politik. Tak mudah ditipu lagi wahai Syarhan Humaizi.

 Sedih sangat tengok Syarhan tidak mengikut jejak langkah bapa beliau Ustaz Halim Arshat. Ustaz Halim Arsyat bijak politik tak mudah buat kenyataan bodoh mcm anak dia buat.- TULANG BESI
Comments
1 Comments

1 comment :

Saadun Sulaiman said...

Sekira nya terbukti apa yang di nyatakan singkir sahaja puak puak ini yag seolah olah mementingkan diri sendiri dan mempunyai agenda yang terpendam.

Sebagai seorang ahli PAS, saya begitu meluat dan menyampah dengan mereka yang berperanggai demikian. Yang di gelar "DIN AYAM" itu apa khabar?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...