GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Tuesday, June 10, 2014

DNA babi halal disalahertikan tajuknya.!

Dr Yusuf Al-Qaradawi
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri-negeri perlu membuat kenyataan semula atau 'highlight' tiga perkara.

 Pertama: Keputusan hukum yang dipilih untuk rakyat Malaysia dalam hal sama ada Istihalah item najis 'aini seperti babi adalah suci atau tidak. Ini kerana ulama Fiqh mazhab berbeza ijtihad dalam hal tersebut.

 Kedua: Sama ada proses istihalah (tranformasi) unsur babi boleh berlaku sebelum menjadi gelatin di negara ini. 

 Ketiga: Istihalah elemen najis kepada suci dalam produk selain perubatan boleh diterima atau tidak.

 Setahu saya, Majlis Fatwa Kebangsaan pernah mengeluarkan fatwa dalam hal ini pada 1999 mengenai barangan, makanan dan minuman yang diproses melalui kaedah bio-teknologi DNA babi, yang diputuskan haram dan bercanggah dengan hukum syarak.

 Apa pun, badan berwajib ini perlu mengutarakannya kembali dan memberi hujah ringkas. Selain itu, ada baiknya juga keputusan makmal halal berkenaan boleh mengesahkan sama ada boleh berlaku istihalah atau tidak kepada bahan berunsur babi khususnya dalam pembuatan makanan seperti coklat. Ini kerana ada sebahagian menafikannya.

 Pada asasnya, prinsip istihalah boleh berlaku dalam pelbagai jenis najis dan bangkai binatang iaitu dengan berlakunya perubahan kimia sehingga seluruh molekul item najis berubah kepada suatu bentuk baru. Ketika itu, sebahagian ulama anggap ia suci dan halal sama ada untuk ubatan dan makanan.

 Perkara tersebut dibuktikan boleh berlaku oleh sebahagian besar pengkaji dan ulama serta menjadi ketetapan Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia OIC dalam sidang mereka pada 18 -22 November 2013.

 Menurut keputusan mereka, najis ‘ain’ termasuk babi dan arak boleh menjadi harus apabila disahkan berlakunya istihalah yang sempurna.

 Pandangan silam

 Manakala mazhab-mazhab Fiqh silam pula terbahagi kepada dua kumpulan besar dalam menanggapi istihalah ini.

 1. Mazhab Hanafi, sebahagian besar ulama Maliki, Ibnu Taimiyah dan Zohiri berpandangan jika berubah zatnya kepada benda baru maka ia tidak lagi najis.

 2. Mazhab Syafie, Imam Ahmad dan Imam Abu Yusuf berpandangan istihalah tidak boleh berlaku kepada najis ain termasuk babi.

 Kenyataan Sheikh Dr Yusuf al-Qaradawi

 Kenyataan ulama terkenal, Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menyatakan DNA babi halal disalahertikan tajuknya.

 Beliau sebenarnya mahu menjelaskan berlaku istihalah dalam zat babi sehingga tiada lagi kesan babi dan yang tidak boleh lagi dikatakan wujudnya babi yang najis. Itu bukan pendapat beliau seorang tetapi sekumpulan ulama berautorti dari seluruh dunia melalui persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa OIC.

 Perlu difahami, pandangan mazhab Fiqh dalam hal melibatkan muamalat seperti ini bukan semestinya kekal pendapat terkuat kerana fatwa terkuat masih boleh berubah mengikut peredaran zaman khususnya apabila adanya peralatan teknologi yang boleh mengesan sebarang kandungan dalam sesuatu produk.

 Isu ini adalah isu perbezaan ijtihad fiqh dan tidak perlu mana-mana kumpulan terlalu menghentam pendapat yang lain. Kerana masing-masing disokong oleh hujah yang benar. Dapatan kajian makmal pula mungkin berbeza dari satu makmal dengan yang lain menyebabkan nasihat kepada ulama menghasilkan pendapat yang berbeza. Nasihat ringkas saya kepada masyarakat:

 a. Jangan mudah menghentam para ulama dan pihak berbeza pendapat kerana masing-masing ada hujah sendiri.

 b. Perbezaan pendapat jangan dicerca namun ambillah ia secara positif sebagai keterbukaan dalam Fiqh Islam. Ini penting bagi mewujudkan masyarakat yang berfikir, membaca dan peka. 

 c. Apa pun saya bersetuju jika sesiapa ingin lebih selamat dan tiada faktor keterdesakan, sebaiknya menjauhi semua produk yang terlibat dengan elemen babi walaupun sudah berlaku istihalah khususnya yang bukan dalam bab makanan yang bukan pula makanan asasi. Selain terdapat banyak alternatif yang lebih tidak diragui.

 d. Selain umat Islam bimbang perihal babi, sehingga DNA. Lebih perlu juga umat Islam ambil berat sumber harta yang haram seperti rasuah, tiris wang kerajaan, penipuan dan sepertinya. Itu semua haram digunakan walau dibeli makanan yang mempunyai 100 logo halal sekalipun, makanan itu juga haram akibat wang yang diperolehi cara haram. – 10 Jun, 2014.

 * Penulis ialah Presiden Multaqa Asatizah & Du'at (Murshid). - SUMBER
Comments
2 Comments

2 comments :

Anonymous said...

Ust K.... cap ayam, dr kecil dah berapa byk dna ba.. kau dah cekik. Ust muka keroh.

RAJA MUDA REMAN LONG GAFFAR alHasyimi said...

boleh diguna paki kalu dah termakan tapi kalau dah tahu dari sumber mana walaupun digunakan bermacam teknologi batru pun ianya tetyap dari sumber yang sama..kalu macam itu apakata kalu orang mereka cipta untuk turut sdwerta membuka kilang-kilang bagi memproses segala ap yang ada pda babi untuk dibersihkan suapaya umat Islam bole4h makan.....kesian....Islam sudah semakin hari semakin dapat ditewaskan oleh pihak musuh.....so apakah kita bersedia menerimanya .... sedangkan kita tahu dari mana sumbernya..... kalau macam itu berlumba-lumbalah umat Islam sendiri menceburkan diri dalam bidang ini.....mencari pembersihan untuk nak mencuba makan babi konon.... pelik tapi benar. kata mereka bukan makan daging , atau bulu atau apa saja yang datang dari babi kerana sudah ada mesin yang boleh meneutralkan DNA babi kepada tiada..... Apa nak jadi umat Islam ini...... Kenapalah umat Islam iniu suka mencarti untuk mendekatkan dengan babi dan anjing yang jelas telah diharamkan....begitu jugak dengan arak...nak juga diusahakan suapy arak boelh di halalkan dengan cara menggunakan teknology pembersihan... akhirnya arak jugak dapt diminum tanpa ada keraguan lagi...kesian umat Islam.....cuba berusaha terkinmenghalakan apa yang telah diharamkan dengan alasan teknologi kini. Kesian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...