GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, June 02, 2014

Faktor kekalahan Dyana Sofea

Lim Guan Eng terima hakikat Dyana Sofya adalah muka 
baharu di Teluk Intan dan tidak mempunyai cukup masa
 untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat. 
Foto oleh TRP
DAP mendakwa terdapat tiga faktor yang membawa kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

 Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng berkata, berdasarkan analisis awal, peratusan keluar mengundi yang rendah iaitu 66.5 peratus adalah antara punca yang menyumbang kepada kekalahannya.

 “Peratusan keluar mengundi menurun kepada kira-kira 66 peratus, iaitu kurang 7,000 hingga 8,000 pemilih berbanding kira-kira 80 peratus pada PRU lepas,” katanya.9 Beliau mendakwa, kebanyakan pemilih yang tidak mengundi terdiri daripada mereka yang berada di luar kawasan.

 Katanya dua faktor lagi yang menyebabkan kekalahan calon parti itu ialah permainan politik UMNO ketika berkempen.

 Dia juga menerima hakikat bahawa Dyana Sofya adalah muka baharu di kawasan itu dan tidak mempunyai cukup masa untuk membiasakan diri dengan penduduk setempat.

 Menurut Guan Eng, DAP akan membuat kajian terperinci tentang kekalahannya di Teluk Intan.

 “Kami tidak menyesal meletakkan calon muda Melayu (Dyana Sofya) di Teluk Intan kerana dia telah mempamerkan prestasi yang boleh dipuji,” katanya sambil menegaskan bahawa walaupun kalah, Dyana akan terus berjuang dan berkhidmat kepada penduduk kawasan itu.

 Pada pilihan raya yang diadakan, BN menang kerusi Parlimen Teluk Intan apabila calonnya, Datuk Mah Siew Keong, yang juga Presiden Gerakan, memperoleh majoriti 238 undi setelah mendapat 20,157 undi, manakala calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud meraih 19,919 undi.SUMBER
Comments
4 Comments

4 comments :

maw said...

syabas dyana dan tahniah kepada kedua ibubapa kamu.mereka telah berjaya mendidik seorang anak berjiwa pejuang.akan lahir ramai lagi putri marina dan pejuang pahlawan saperti kartini dari indonesia.kalah bukan bererti rebah.maka senyumlah wahai putri harapan kami.kamu akan berlari sesudah jalan bertatih.inilah doa kami,amiin.

Anonymous said...

syukurlah dia kalah sin,kalau tidak jahanam pas dibuatnya

gel pelangsing perut said...

nanti pemilihan maju lagi

Anonymous said...

guan eng tak usah pikin certa lah ini olang semua tipu punya.mana boleh.kasi celamah pun banyak sikit olang mali.itu dyana kasi cilamah banyak olang mali .tak boleh kalah punya itu spr sudah tipu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...