GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Wednesday, June 11, 2014

Fitnah konon....samanlah jikalau fitnah!

Semua orang Malaysia tahu apa itu Tongkat Ali dan kegunaannya.Korang google saja 'Tongkat Ali' pasti keluar macam-macam cerita mengenai herbal tersebut.Ianya dikenali dengan pelbagai nama yang hebat-hebat - Pasak Bumi, Malaysian Ginseng, Asian Viagra.Dia juga dikenali sebagai Longjack....

 Orang-orang tua dulu melarang keras budak-budak daripada meminumnya.

"Korang budak-budak lagi...ini untuk orang-orang dewasa sahaja...." kata  mereka!

 Dan kini terbukti benar larangan orang tua-tua dulu tu. Bila mana sebuah syarikat pengeluar produk kesihatan yang menggunakan ekstrak Tongklat Ali ini telah melantik seorang 'bapak budak' menjadi dutanya. 

 Maka duta itu pun buatlah pengakuan ikhlas kepada orang ramai: 

 "Tak sangka pula produk tersebut memberikan saya tenaga agar tidak lesu dan sentiasa aktif melakukan apa-apa saja perkara," ujarnya.

 Tapi sayang, apabila tenaga tersebut telah disalah gunakannya. Memang isterinya tersentak beruklah akibatnya. Khabarnya si isteri terpaksa menerima rawatan disebuah pusat perubatan di ibu negara ! Kah! Kah! Kah! Memang diluar dugaan keluarbiasaannya! Hebat betul!

Yang peliknya, duta ni tak mahu cerita rahsianya bila ada wartawan yang bertanya mengenai kehebatan luar biasanya itu.

  "Apabila ada bukti, baru saya akan jelaskan. Ini masalah rumah tangga saya dan saya tidak mahu cerita tentang perkara ini.

 "Buat masa sekarang saya anggap perkara ini adalah fitnah," katanya.

  Waima dia buat aksi panas dan ganas itu didepan khalayak ramai.Mereka boleh menjadi saksi keatas kehebatannya beraksi itu....

 Senang-senang pula dia nak menafikan berita tersebut dengan sekadar menganggapnya sebagai fitnah? Hoi! kau tu seorang public figure! Kalau betul berita yang disiarkan akhbar itu sebagai fitnah, ambillah tindakan undang-undang.Samanlah!
Comments
1 Comments

1 comment :

XUMNO said...

Jangan2 dia silap makan tak? Kesan yang sepatutnya pergi ke bawah; tapi naik ke tangan???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...