GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, June 14, 2014

Hikmah berwudhu' cara Rasulullah


Sang Ustaz itu sudah banyak kali menjelaskan dan melakukan demontrasi tatacara berwuduk. Namun budak Abu ini masih tak boleh nak faham-faham mengambil air sembahyang dengan tatacara yang betul.

 “Perhatikan betul-betul ya Abu. Ustaz sudah tunjukan banyak kali tapi kamu masih tak faham-faham lagi!” saran sang ustaz menahan sabarnya.

 “Ingat ya, basuh atau menyapu anggota wuduk hanya 3 kali saja.Jangan berlebihan kerana itu adalah membazir,” terrang ustaz itu lagi.

 Abu hanya mengangguk-anggukan kepalanya tanda dia sudah faham benar tatacara berwuduk yang baru sebentar tadi dilihatnya.

 “Kalau sapu lebih 3 kali itu membazir, ya Ustaz?”

 “Benar! Sesungguh membazir itu sahabat syetan!” tegas sang Ustaz itu kepadanya. Nah! Sekarang kamu praktikan, biar ustaz lihat…,” sambil dia mempelawa Abu melakukannya.

 Abu pun melakukannya.Dia buka paip air besar-besar! dan masih menyapukan air pada setiap anggota wuduknya 4 kali, 4 kali, 4 kali. 

“ Astaggrrrrfirullah! Astghfirullah! Astghfirullah! Grrrr....” mengeluh sang ustaz. 

“Itukan membazir namanya. 3 kali sudah cukup! Kamu mahu jadi kawannya syetankah Abu?” sergah sang ustaz.

 “Bukankah air ini pun banyak mencurah-curah keluar! Berapa duit sangat kita kena bayar, wahai ustaz?” Abu menenangkan sang ustaz yg mula nampak hilang sabarnya.

 “Berlebih-lebihan itu adalah tetap membazir namanya. ALLAH sudah menyatakan dalam Al-Quran. Membazir itu saudaranya syaitan.” Kata ustaz sambil menepuk dahinya.

 “Apakah Ustaz pernah bayar bill air selama ni buat pinjaman bank?” Tanya Abu tiba-tiba.

 “Pelik soalan budak nih” bisik ustaz dalam hatinya….

 “Kalau bayar bill air pun kita ada kemampuan, tapi dikira membazir bila kita menggunakannya secara berlebihan untuk berwudhu’ kerana mahu menyembah Allah, bagaimana pula ustaz beli Velfire sampai sanggup berhutang bank?”

 Kisah diatas itu tidak ada kena mengena dengan siapa-siapa, samada yang masih hidup atau yang telah mati. Kita biarkanlah sang ustaz itu menjawap pertanyaan Abu itu. Sementara itu jom kita ngaji sikit kat bawah ni: 
Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati Saad yang sedang berwudhu, lalu Baginda SAW bertanya, "Mengapa engkau berlebih-lebihan seperti ini wahai Saad?" Saad bertanya:" Apakah di dalam wudhu juga ada istilah berlebih-lebihan?" Baginda SAW menjawab, " Benar, sekalipun engkau berada di sungai yang mengalir (Riwayat Ahmad)
 Wuduk sebenarnya untuk membersihkan rohani serta jasmani tetapi jika ketika membersih dalam masa yang sama 'mengotorkan' dengan amalan pembaziran dibimbangi akan mengganggu kualiti solat. Kemungkinan antara penyebab kita solat tetapi masih lagi tidak berubah kepada kebaikan adalah kerana perbuatan ini.

 Sebagaimana yang kita sedia maklum Islam melarang keras umatnya mengamalkan cara hidup membazir dalam semua urusan yang berkaitan dengan penggunaan air, perbelanjaan harta, pengurusan masa dan penggunaan tenaga. Perbuatan membazir adalah tabiat buruk manusia yang sering terjadi apabila mereka dikurniakan rezeki atau nikmat yang banyak. Secara tidak langsung kita telah menggunakan rezki yang datang daripada ALLAH SWT ini secara tidak wajar dan bukan pada tempat yang sepetutnya. 

 Justeru, kita hendaklah memerhatikan setiap perbuatan kita apatah lagi kalau kita benar-benar mahu menjadi pejuang Islam. WALLAHU’ALAM. 
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...