JERUSALEM

JERUSALEM
SOLIDARITI BERSAMA PALESTIN

Wednesday, June 11, 2014

Jais, sila kembalikan kitab-kitab yang ko rampas!

Cuba korang bandingkan laporan akhbar-akhbar tempatan berhubung isu rampasan Bible oleh JAIS :


 Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa tiada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Januari lalu dan kes itu ditutup.

 Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam satu kenyataan hari ini berkata, berhubung kitab-kitab yang dirampas, pihak JAIS diminta untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang..... Artikel Penuh

Laporan dari Malay Mail pula, lebih kurang sama sahaja :


Aku lebih respek berita yang dilaporkan oleh media bebas yang tidak terikat dengan BERNAMA :


Terang-terang dia nyatakan dengan tajuk besar : Peguam Negara dakwa Jais salah langkah....di sini

Berhubung dengan kitab-kitab yang dirampas, Jabatan Peguam Negara meminta pihak JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) untuk mengambil tindakan selanjutnya mengikut lunas undang-undang. 

Kah! Kah! Kah! Boleh tak cakap dengan bahasa yang lebih mudah untuk difahami? Cakaplah :  

Jais, sila kembalikan kitab-kitab yang ko rampas!

 Dengan pemulangan Al-Kitab yang dirampas oleh Jais itu akan menjadi satu pengakuan bahawa Jais telah melakukan kesilapan dalam melakukan serbuan , penyitaan dan menangkap pegawai BSM. 

 Ini hanyalah salah satu isu yang menjadi tamparan besar kepada imej dan prestij Jais dan agama Islam itu sendiri. Ada beberapa isu lagi yang menjadikan Jais kepanasan sekarang nih!
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...