GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Saturday, June 21, 2014

Kesian : Lionel Messi jadi mangsa peminat rakus!

Kesian sungguh dengan nasib malang yang menimpa bintang bolasepak Argentina ini. Tak semena-mena dia telah menjadi mangsa peminatnya sendiri yang benar-benar rakus!

 Para peminat bola sepak seolah-olah semakin tidak dapat mengawal emosi mereka apabila bersemuka dengannya. Mereka mencubit dan menggigit Messi tanpa ada rasa belas kesihan langsung!

 Beberapa bintang bolasepak dunia seperti Wayne Rooney, Steven Gerrard, Ronaldo, Andrea Pirlo telah turut sama menjadi mangsa kerakusan para peminat masing-masing....

 Ini semua kerana perbuatan seorang chef, Domenico Crolla yang mempunyai restoran di Glasgow.

Dia telah menggunakan bakat yang ada padanya membuat pizza yang berpotretkan bintang-bintang bolasepak dunia yang terkenal. 

 Dia mengambil kesempatan yang tepat pada masanya ketika pertandingan bolasepak dunia FIFA sedang berlangsung.


 Dia menamakan pizzanya itu sebagai ‘Pizza Piala Dunia’ yang tentunya menarik minat pelanggannya dan juga para peminat bintang-bintang bolasepak yang ternama dunia.

 Harganya? Tentulah mahal sedikit....korang ingat nilai bintang bolasepak dunia tu macam pemain Malaysia ker? Tunggulah Malaysia masuk piala dunia nanti...


 Ada pizza Lionel Messi, Wayne Rooney … Pizza mana korang nak makan?
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...