GOPENG

GOPENG
JOM BERSAMA PAKAAN HARAPAN

Monday, June 30, 2014

Lain kali gosok kasi kilat macam Profesor Kangkung tu buat...


Akibat mendakwa populariti Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatasi Datuk Seri Najib Tun Razak dari aspek siapa lebih layak jadi perdana menteri ke-7, kini Prof. Datuk Dr. Mohamad Redzuan Othman , Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) terpaksa menerima padahnya.

 Tidak hairanlah ramai professor kangkong yang marah dan mengatakan kajian UMCEDEL  pada 25 April lalu yang  bertajuk Pilihan Pengundi Menjelang Hari Mengundi Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 dilihat sebagai berat sebelah kerana Mohamad Redzuan Othman itu kenalan Anwar Ibrahim.

 Mereka menuduh bahawa Umcedel menjadi alat perang saraf yang berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 Hoi Kangkong! UMCEDEL tu bukan kerja kaji selidik Redzuan tu sorang diri. Ada panelnya. Sila klik di sini

Profesor UM letak jawatan selepas diarah Kementerian Pendidikan


Penganalisis politik terkenal Universiti Malaya (UM) Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan Othman terpaksa membayar harga mahal mengadakan tinjauan bebas mengenai politik Malaysia selepas Kementerian Pendidikan mengarahkannya untuk meletakkan jawatan sebagai pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMCEDEL).
Sumber memberitahu , jawatan beliau sebagai dekan kepada Fakulti Sastera dan Sains Sosial universiti terulung negara itu juga tidak diperbaharui. 
Ia diketahui apabila universiti itu mengeluarkan senarai dekan baru universiti pada Khamis lalu dan nama Redzuan tiada dalam senarai itu. 
Difahamkan menurut tradisi UM, jawatan dekan akan dilantik melalui pengundian di kalangan ahli akademik, namun pemilihan akhir terletak di tangan pihak pengurusan universiti. Sumber juga memberitahu walaupun Redzuan disokong oleh rakan akademiknya untuk terus menjadi dekan, tekanan politik menyebabkan universiti tidak meneruskan khidmatnya.
   Namun, ketika pertukaran dibuat, tiada sebarang pengumuman tentang jumlah undi yang diperolehi untuk menduduki kerusi itu dibuat.   "Universiti menggunakan alasan Redzuan akan bersara tahun depan sebagai sebab beliau tidak disambung khidmat sebagai dekan," kata sumber itu di sini
Comments
1 Comments

1 comment :

Anonymous said...

bersara saja dan join uni dibwh pentadbiran PR. sama2 kita naikkan ranking uni2 PR di mata dunia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...