GOPENG

GOPENG
JOM HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Tuesday, June 24, 2014

Masih berhak menggunakan kalimah “Allah” dalam naskhah Bible

CFM: Larangan guna 'Allah' hanya untuk Herald

Persekutuan Kristian Malaysia menegaskan bahawa masyarakat Kristian akan terus menggunakan kalimah “Allah” kecuali dalam penerbitan Katolik The Herald.

 Pengerusi CFM Eu Hong Seng berkata, peguam negara sebelum ini sudahpun menyatakan bahawa keputusan mahkamah hari ini hanya berkait dengan penggunaan kalimah “Allah” dalam akhbar tersebut.

 "Sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan Malaysia, kami menganggap beliau dan kerajaan Malaysia berpegang pada pendirian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 Katanya CFM menetapkan bahawa masyarakat Kristian masih berhak menggunakan kalimah “Allah” dalam naskhah Bible, perkhidmatan gereja dan perhimpunan Kristian yang dijalankan dalam bahasa Melayu, seperti diamalkan sebelum ini. Beliau mengeluarkan kenyataan itu selepas keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang menolak pendengaran rayuan Ketua Biskop Gereja Roman Katolik untuk menggunakan kalimah Allah dalam The Herald.SUMBER
Comments
0 Comments

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...